JellyPages.com

Friday, August 26, 2011

up-side-down

kenapa macam tu?

kenapa macam ni?

kenapa dia jadi macam tu?

kenapa aku boleh ada perasaan ni pulak?

kenapa kau tak boleh pilih salah satu je?

kenapa kau dah menghilang?

dan...kenapa aku boleh ada masa untuk memikirkan semua perkara yang boleh menyerabutkan kepala and fikiran aku? haishhh...i've to tune myself back..haha
aku ada tanya kawan aku...
dia cakap...dekat Mr. S aku sayang. pada Mr. A aku rindu. kat adik H aku keliru...

so, sebenarnye..segala persoalan aku yang kat atas tu..and yang tak tertaip tu...ditujukan khas untuk 3 orang ni...

pasal Mr.S aku da pernah bukak cerita da sebelum ni...puppy love story. tentang Mr.A pun sama...camping site punya cerita. tapi, pasal dilema hati dan perasaan adik H ni..cerita yang baru.

haiiii...setiap semester ada je masalah. tapi, aku takde cari masalah dengan orang lain pun...kenapa masalah datang kat aku? (apa punya persolan la kan? astarghfirullah...semua tu ujian...hurmmm)

pasal adik H ni..malas nak cerita sangat...sebab kadang2 lebih baik tak payah cerita..so that, kita tak recall benda tu kat orang lain. bila orang lain tak tahu..and last2 kita pun lupa...tak kan ada sesiapa yang akan ingatkan balik pasal benda ni kan? so, kira nye..kita play safe la..(ye ke??)

key..camni la. dipendekkan cerita. actions speak louder than words kan? so, your action has spoken. and i'm bukan jenis yang nak merampas hak orang lain. or, kalau you have fall to my own friend..then, of coz la i'll raise the white flag kan. tipu la kalau you cakap you need both..because, if you do, you'll lose both in the future. so, since you, yourself can't read your own body language...then i'll go. slowly...make it look normal. and then...appear to be nothing had happen to you. because i cant bare the pain anymore. that's why i surrender and don't want to get involve anymore.

luahan hati yang dah kelam kabut..and terabur..and tak tersusun...and up-side-down...aigooo

GIVE ME A BREAK!!!

takpe2...cuti raya ni..kita enjoy puas2...

dengan ini..saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi ni...and tak lupa juga...selamat menyambut hari raya aidilfitri...maaf zahir dan batin saya ucapkan...

Saturday, August 20, 2011

Mengenali dirimu...

Pejam celik..pejam celik, dah hampir 5 bulan kita tak bersua. kau sihat? aku teringin nak tanya, teringin nak call kau lagi. teringin nak berbual dengan kau. senang cerita..aku rindu sangat2 dekat kau.
tapi, aku tahu boundaries antara kita. sebab tu aku sabar dan redha je dengan apa yang dah jadi.

Aku start kenal kau masa kita pergi camping sama2 kt pahang bulan februari lepas. dua2 outsiders. dua2 strangers. aku tak kenal kau. kau of course la tak kenal aku. camping selama 3 hari 2 malam tu, dah ajar aku macam2 and aku da dapat macam2 experience.

Start dengan malam pertama camping. malam tu kita semua kena bahagikan kumpulan. aku dengan kumpulan aku, kau dengan kumpulan kau. time tu kita still lagi strangers. lepas tu, disebabkan kat kumpulan aku short of boys, abg fesi tu mintak someone dari your group join my group. and masa tu, kau yang volunteer join group aku. masa tu kita still lagi outsiders.

Start dengan hari kedua camping, kita okey2 je. act normal as one group. group yang paling semangat aku rasa. and, masa aktiviti larian berhalangan tu, ada satu pit stop tu, kau hulurkan tangan kau untuk tolong aku naik.tempat tu agak tinggi. tapi, as always, aku tak pernah terima pertolongan yang macam tu...sampai aku kena pegang lelaki bukan mahram aku la. so, aku buat bodoh je kat kau, and aku tarik badan aku naik sendiri. time tu, aku tak perasan perubahan muka kau time tu. kejam kan aku. sori. lepas pikir2 balik, terasa bersalah plak buat kau camtu, at least aku boleh tolak dengan baik kan? maaf ye.tapi, lepas habis larian obstacles tu, aku tengok kau dah okey je. so, aku anggap tak de pape la kot..hehe.

Malam tu, abg2 fesi ni..nak turunkan mood kita. so, diorang cerita pasal parents kita. almaklumla, kalau student=jauh daripada family=cerita pasal mak ayah sikit mesti boleh meleleh..huhu. tapi itulah hakikatnya. takpe2...diorang nak kita muhasabah diri. walau camner pun aku nk try act strong..basah juga la lengan baju aku kesat air mata. sambil2 tu, aku tengok sekeliling gak. tengok reaksi orang len. aku ternampak kau. lelaki len ada gak la yang tertumpas, meleleh gak la aku tengok. tapi, reaksi kau lain sikit...yang membuatkan aku terus memerhati. you are covering your face with your snow cap, but you are not crying. hurmm...pelik sikit.

then, ada supper break for 1/2 hour. aku tak teringin nak minum, so aku duduk borak2 je dengan my friends. but then, aku nampak kau lagi...and you are calling someone. time tu..aku malas la nak kisah sangat. in my thoughts, maybe you are calling your parents...or your girlfriend. dah habis break, kita masuk dewan tu balik. this time duduk dalam group pulak, sebab kita nak buat aktiviti dalam group. masa duduk dalam group tu, aku perasan kau dah lain macam. reaksi kau, ekspresi muka kau pun lain macam. mana tak nye, dalam dua hari yang aku kenal kau ni, kau happy-go-lucky-mesra-alam-guy, tapi malam ni, perubahan muka kau tu nampak sangat kot...pada aku la. so, aku try tanya slow2. and, somehow, kau start bercerita kat aku. seronok bila dapat kepercayaan orang luar...hehe. maybe, sejak tu la...kita mula rapat.

esok pagi2 buta tu, dalam pukul 9 pagi, yang mana air sungai dia giler sejuk, kita semua kena denda rendam dalam tu. WHAT!!! It's freezing cold. giler gigil kot aku. makkk...tak tahan. serius aku memang berdarah panas yang tulen..tak tahan sejuk langsung..haha. (ada kaitan ke?? aku tahu aku dah salah teori ni..huhu). and luckily kita group first yang dapat keluar dari air yang giler sejuk tu. dah la siap berkabus lagi pagi tu..mana tak nye. keluar2 je..memang aku still gigil none stop, and masa tu la..you came to the rescue dengan teori pelik kau. kau suruh semua orang dalam group kita rub our hands to make some heat and then..kononnye la pas kat aku heat tu dengan tangan korang menghadap ke aku...haha. time tu seriously aku terasa nak gelak je. korang semua sangat comel bila buat tu...haha. aku tak tahu mana kau dapat, tapi, somehow, terharu la...sikit je..hehe.

lepas tu, kita buat rakit sama2. aku terasa rapat sangat dengan kau time tu. dengan member group lain, takde pun camtu. pastu bila aku naik rakit tu dengan member yang lain, kau taknak join, cuma kau ada marah aku bila aku tak jaga rakit tu betul2...hehe. tu la...last aktiviti kita dalam group. lepas habis ni, kita siap2 packing...da nak balik da.

ehh...aku ada teringat satu scene ni. time tu, baru aku tau..rupa2 nye kau ni pun smoker gak ek..cehh. masa tu, tetiba kau mintak sebatang dari member kau, aku apa lagi, dengar je terus pusing 180degree pandang kau dengan rasa tak percaya. aku cakap straight je..aku tak suka. and after that you hilang dari my sight. mana kau menyorok pun aku tak tahu. tapi kau ada cakap, sebab kau hormat member, kau pergi tempat lain..(thank you sebab tak smoking depan aku).

masa nak balik tu, kita satu bas. tapi, time tu, semua orang dah penat. kau and aku terus mengasingkan diri. before seperate, sempat la tukar2 nombor dengan member yang lain. and then, i think this will be the last day i've seen you...

rupa2nya tak..sebab 3 minggu selepas tu, kita terjumpa balik. and since then, kita start rapat balik. sharing stories..exchanging stories. kau caring, good in advising me. bila kau rasa benda tu funny, you'll laugh, but when you know that it's not right, kau akan tegur aku. i really apreciate that.

tapi, dalam aku mula rapat dengan kau tu...aku terlupa satu perkara. sesuatu yang bukan milik kita..kita tak seharusnya memilikinya kan? alamak! terlajak la pulak. nak reverse balik da tak boleh. so, sejak kita dah menjauh balik, seriously aku betul2 rasa kehilangan. setia pada yang satu key. maybe, this is the best. kalau aku jadi your gurl pun, semestinya aku tak nak perempuan lain rapat dengan my boy...tak pe la. semua yang jadi tu, ada hikmah nya. and aku tak pernah rasa menyesal sebab pernah kenal kau.



" betapa perit kurasa,
menyukai dirimu wahai teman teristimewa,
menyelami dirimu yang penuh persamaannya,
sedangkan kutahu kau sudah berpunya.

chemistry yang terjadi,
kesenangan yang kurasai,
ketenangan yang kudapati,
tika bersamamu amat berlainan sekali.

terhiburku dengan tingkah manjamu,
terpakuku dengan kerasionalmu,
terkeduku dengan ketegasanmu,
tersentuhku dengan keperihatinanmu.

namun,
terima kasih wahai sahabat,
adaku disisimu,
selagi kau perlukan kehadiranku,
tapi,
andai tiba suatu hari nanti,
persahabatn ini terputus sendiri,
akanku redha pada qada' yang terjadi.

kau, takkan sesekali kulupai.
terima kasih sahabat,
terima kasih teman."