JellyPages.com

Monday, November 18, 2013

langkawi - 4th day

hari ni nak balik daaaa..huhu. sedih nye...pagi tu tak jadi nak terjun kolam pun..wuuu. breakfast pun ccam tak selera..huk3.

lepas makan, lepak tepi kolam...lepak tepi pantai..main kat kaki air..jumpa ikan buntal terdampar kat tepi pantai..badan dia penuh ngan duri..huhu.

tengok dorang yang lain tu mandi, macam nak join terjun sekali je..huhu. tapi, nak wat camner...

...it's time to go and shopping pulak..hehe.

sambung la cari certain coklat yang tengah femes sekarang ngan tshirt for my family. banyak jugak la aku spend sepanjang beberapa hari je aku kat situ..habis jugak la duit aku..gilerrrr. tak pernah aku shop tak ingat dunia camtu.

dapat je apa yang aku nak..okeyh..aku surrender. penat woo..dengar la hingar bingar kat atas bas tu ngan akak2 tu yang tak habis membeli lagi..tapi aku sedap je tido..hehe.

tau2 je dah sampai jeti kat langkawi tu..tunggu feri.

naik feri...huk3..nak balik daaa.

duduk betul2 seat tepi tingkap..dapat tengok laut..sedihnya..tak dapat tengok sunset pown..huhu. tetiba..hehe.

tau2 je..sampai dah kat jeti kuala perlis.

makan jap..

tunggu bas.

naik bas..

pastu aku tak ingat apa da..jalan raya masa pergi yang bergerutu tu pun aku tak rasa apa da..hehe.

habis da cerita kat langkwi aku..huk3

teringin nak pergi lagi..insyaAllah =)

langkawi - 3rd day

the third day kitorang kat sini..hari ni ialah hari yang sangat memenatkan. sangat rushing..tapi best gak la sebenarnya..hehe.

lepas breakfast terus naik bas pergi tengok ngan beli barangan batik, pastu pergi tengok cara pemprosesan minyak gamat. then, shopping sikit lagi..hehe.

then, shoot to underwater world..cantik sangat view dalam tu..tengok ikan, tangkap gambar..tengok ikan lagi..hehe.

pastu terus pergi lunch..kat sini, tomyam sentiasa menemani kami di mana sahaja kami makan..


lepas makan, kitorang pergi RAM's lagi..kali ni bukan untuk window shopping lagi da..shopping la..tunggu apa lagi..hehe. pilih punya pilih..ada jugak coklat yang kena letak balik..off bajet wooo..huhu.

lepas shopping, naik bot pergi tengok paya bakau bertembung dengan laut..masuk gua..tapi, tak nampak kelawar pown..huhu. sebab yang kitorang tau..nak keluar cepat je dari gua tu..gelap gelita woo..huhu.

then, shoot pergi naik cable car pulak..boleh tahan jugak la tinggi dia..aku aci gayat aci tak je masa naik tu..tapi bila dah sampai atas sangat best. sangat sejuk, nyaman, tenang.

view satu langkawi kowt..hehe. sebab dari atas tu boleh nampak pulau ngan laut sekeliling. nice...

lepas dinner..tak tau la apa lagi plan nak buat. hari ni memang tak sempat nak jejak mandi laut ngan kolam langsung...huhu.

esok tu nak balik da..malam tu memang lepak bilik je la..aku surrender untuk malam tu. kepenatan berjalan sakan kot..huhu. memang letak kepala terus bye2..hehe.

langkawi - 2nd day

okeyh..2nd day.

bangun pagi2..turun breakfast. terus get ready nak ber-snorkeling pulak. yeay!!! itulah aktiviti yang ditunggu2 sebenarnye..hehe. kitorang snorkeling kat Pulau Payar..seronok giler kot.. tapi, mula tu..nak menyampai kat pulau tu kena naik bot dulu la..hehe.

siyesla sangat2 enjoy walaupun mula2 tu aku kelam kabut jugak la nak try bernafas pakai snorkeling goggle tu. tapi, lepas dah dapat rentak dia, apa lagi..

swim and swim like the ocean is mine la..hehe. alaa...macam dalam citer nemo tu..dorry cakap, "just keep swimming3..lalalala.."hehe.

lunch disediakan kat sana..lepas lunch turun snorkel balik kat next spot place pulak..dekat tengah laut tu diorang ada buat platform khas. kat situ view kat bawah dia lagi cantik and lagi dalam..huk3.

nak menyampai kat situ, kalau yang cuak sebab 1st time macam aku ni, pegang tali tarik badan ke sana je la..itu pun..huk3..berenang je laaa sambil snorkel tengok bawah..dalam giler kat bawah tu..tapi, at the same time..cantik giler view dia..hehe. subhanallah..cantik sangat!!

aku aci2 cuak berani je. tapi sangat cantik view kat bawah tu. siyes laa..siapa2 yang berpeluang pergi tu, pergi laa..siyes tak rugi. kalau ada kamera bawah air tu da lama da nak tangkap gambar..cantik sangat.

tapi, tengok gambar dengan tengok sendiri, rasa sendiri tersangatlah lain rasa dia. it's super awesome..love the sea..yeay!! hehe.

lepas balik snorkel, terjun kolam lagi laa...apa barang pergi bercuti tapi tido dalam bilik je kan..memang tak sedar penat betul aku kan..hehe.

haaa..lupa nak citer..aku jumpa shark weyh!! tapi, baby dia je la..tak takut tak berani sangat gak la..huhu. asal tak ada darah dorang jinak2 bak merpati gitu..hehe.

tak lupa gak nak citer..kat dalam laut tu ada penjaga tau. "guardian of the coral" hehe. korang sebenarnya boleh swim ngan snorkel je kat dalam air tu. once korang jejak kaki je kat bawah, ade sejenis ikan ni akan gigit2 cuit2 kaki korang. korang angkat kaki je dia relax. setiap tempat ada ikan tu kot. kaler dia hijau2 kuning pink camtu. nice..takde darah pun..tapi, terjerit2 jugak la masa kena cuuit nan the guardian of coral tu..hehe. bila dengar je ada yang terjerit2 tetiba tu..tu la sebab nye..pastu gelak ramai2.. pengalaman yang sangat susah nak dapat wooo..hee.. superb!!

langkawi - 1st day

kali ni aku nak share ngan citer sikit pengalaman aku ngan rakan2 sekerja masa ber-company trip bersama2 di pulau langkawi =)

best wooo...

first day...

kitorang gerak dari ofis pukul 10.30pm camtu. apa yang aku ingat jalan raya kat situ sangat la mengganggu tidur aku..huk3. maybe area tu area kemalangan kot. banyak giler la line2 kuning sepanjang jalan tu..dari nak terlena terus terjaga balik..siyes ngantuk..huhu.

jalan punya jalan..lebih kurang pukul 6.20am kitorang sampai kat jeti kuala perlis. yeay!! aku dah nampak laut. excited nye!!! hehe..

breakfast jap..then pukul 8.15am naik feri..dekat sejam gak la duduk dalam feri tu..kalau ada open deck mesti lagi best..tak kisah la kena diri sampai sejam pun..asalkan dapat tengok view laut yang tenang dan cantik..tapi, tengok dari dalam feri je la..

da sampai kat jeti kat langkawi tu, tourist agent tu terus bawa kitorang pergi window shopping..

alaaaa...aku dah tak sabar nak terjun laut ni..huhu.

boleh la usha2 harga coklat..kitorang singgah RAM's, HIG dengan satu lagi tempat tu..huhu. tak ingat apa nama kedai dia. akak2 yang lain sume tengah excited tengok segala periuk belanga pinggan mangkuk kat situ..

and then..okeyh. pergi lunch dulu baru pergi hotel. tempat lunch ngan dinner kitorang boleh tahan mahal jugak la aku rasa..alang2 da bayar complete package tu..memang makan semua laa..hehe.

sampai hotel..kat Holiday Villa Spa & Resort..seronok2..hehe. asalkan dekat dengan laut and ada kolam..semuanya seronok bagi aku..hehe.

okeyh..start dengan first aktiviti..jom kita ber-island hopping....yeay!!

pergi tasik dayang bunting..air dia gelap giler..akak tu suruh aku try berenang kat situ..huk3..tak berani wooo..dengan dorang kata lagi, air tasik tanah dia jenis yang menarik ke bawah..sebab tu la siapa2 yang pandai berenang swim sekejap je..cepat penat katanya..badan rasa berat..sebab dia menarik..huhu. lagi la wat aku seram nak lepas tangan..pegang tangga kat situ..masuk badan jap..okeyh dah..aku nak naik..huuu.

next, pergi eagle feeding plak..okeyh la..hehe. seronok sebab tengok dorang sume excited tengok burung helang tu menyambar makanan kat atas surface air tu..abg bot tu bagi kulit ayam untuk burung2 tu..

third pulau, okeyh..time untuk bermandi-manda..yeay!! air laut kat situ sangat cantik..sangat bersih..sangat jernih..best3.

balik tu dah petang..tapi, belom nak naik bilik lagi..kena rasmikan kolam tu dulu..apa lagi..terjuuuuunnnn..hehehe. wahhh..heaven =)

aktiviti malam tu, lepas dinner..jalan2 kat night market kat situ jap.. bukan semua orang la..sebab kebanyakan dorang dah tak sabar nak ke alam mimpi.. aku pun..dah separuh sedar rasanya..berjalan pun dah serupa zombi..waaa.

sampai hotel je..ajak member lepak tepi laut jap. best. tenang. aman dunia...part ni la yang aku ada call abg aku tu..hehe.

Sunday, November 17, 2013

Abg, adik rindu

kata dia, aku ni adik dia.

kata dia, adik tak boleh jatuh cinta pada abang sendiri.

kata dia, tu cinta terlarang tau.

itu kata dia.


seronok bila dengar dia membebel, dapat rasa yang dia sebenarnya betul2 care pasal aku.

hati tercuit bila dengar dia bagi nasihat, rasa macam ada abang betul pulak.

itu kata aku, perasaan aku.


hakikatnya,

macam mana ye nak treat perasaan ni as adik-abg je?
"just because he means something to me.."

kawan aku kata pulak,
"sebab kau tak jumpa the right person lagi tu"
 tapi,

abg, adik rindu~

rindu sangat!

***

teringat malam lepas aku balik dinner masa co trip kat langkawi hari tu.

hari tu hari yang sangat2 memenatkan. pagi sampai petang aku ber-snorkeling. lepas tu lepas makan malam, jalan2 kat night market kat situ. macam zombi da gayanya. nak tumbang je rasa.

tapi, sampai je kat hotel, aku tak terasa nak naik bilik lagi. terasa nak jalan2 kat tepi pantai.

so, malam tu, aku lepak ngan sorang lagi ex-trainee kat tepi pantai tu. baring atas kerusi malas betul2 tepi pantai..dekat sangat dengan laut.

bertemankan desiran ombak, bulan separuh yang terang dan beberapa ekor ketam..cewaaaahh..hehe.

sangat best. tenang jiwa..aman je rasa. then, terasa nak call dia. nak call abg.

masa dia angkat call tu, bunyi macam da tido. tapi, dia layan je borak. seronok la..macam rasa tengah borak ngan abang sendiri. hilang rindu.

malam tu, boleh la jugak kitorang bertekak cam budak tadika tak cukup umur pasal pe jadi masa intern..pasal mereka2 yang cakap intern tu banyak masa tu, banyak giler masa terluang tu..padahal hakikat nya,

kata aku, "cuba la abg keje as auditor kat tempat adik tu seminggu. tengok apa jadi. banyak masa ke tidak!"

kata dia, "apa seminggu ek? ok..cuba pulak adk kerja kat tempat abg intern dulu, abg bagi 3 hari je. keje sebagai engineer. hari keempat tu nak datang kerja lagi ke tak?"

"cop3...ni apa kes masuk cerita pasal abg punya intern ni? adk nga cakap pasal dorang yang cakap adik banyak sangat masa terluang. itu isunya sekarang..."

tembak punya tembak..lepas tu..kitorang gelak serentak..hehe. comel sangat. da lama tak gaduh gamaknya..haha.

tu la..sapa suruh tak contact each other..

abang ada cakap, "cari la pakwe sorang. better cari masa last semester nanti."

"abg, adik last sem tahun depan tau..my last sem is next sem..haha"

sebabnya, "nanti adik tersuka abg nanti susah."

"alaa, kenapa? tak boleh ye? hehe"

"eyyyhhh, kita kan adik beradik. adik beradik mana boleh bercinta. cinta terlarang tu..haha"

there..he said it again. don't fall for him.

***

malam tu..entah la. walaupun dia cakap dalam nada gurau macam tu, aku sebenarnya macam faham apa maksud sebenar dia.

at least,

even though you dont love me back, at least i knew that you do treat me like your sister.

hati tenang sekejap. persoalan "who am i to you?" da terjawab.

at least, i'm not nobody to him.

***

aku ada cerita kes malam tu, cerita masa HTP hari tu kat roommate aku masa kat hotel tu, akak tu suruh aku test abg tu. sebab pada dia, abg memang suka control macho depan aku. 

aku ada depan mata, still tak nak tegur.

member lain tengah seronok mengusik aku, dia tengok je. padahal member lain main masuk je gelak sekali.

tapi, dia...teragak2. aku dah sorang baru nak tegur. itupun lepas aku wat bodo je kat dia.

tau pulak, maksud sombong tu apa..

haisyyy..dia ni kan...

***

malam tu, aku tanya dia, kenapa dah tak contact adk? nak tunggu adk contact abg dulu ke?

dia kata, dia ada contact aku. tapi aku tak reply. orang tengah busy!

"mana ada!! adk tak dapat pun mesej abg!"

dia bantai salahkan celcom. sebab dia kata, mesej yang aku hantar kat dia hari tu pun dia tak dapat!

hmm..entah betul entah tak abg tu..hehe. tak charming langsung!

macam budak2..puji diri sendiri! suka sangat masuk bakul angkat sendiri..sekai bakul tu bocor! padan muka..hahaha.

rindu nyaa nak dengar dia membebel..huhu.

***

masa dia tanya aku tengah ada kat mana malam tu, aku jawab la dengan suka hati nye..dekat tepi beach. lepak2..bersantai2.

and, he asked me..no, he urged me to go to my room that instant. walaupun aku da pusing cerita benda lain..dia tukar nada brotherly-hood dia tu balik..

"dah malam kan tu? tak elok laa. pergi la naik bilik. sampai bilik japgi mesej abg."

huk3..baik la..

***

see!! itu yang kadang aku tak paham dengan dia.

why did he treat me like that?

and, he will only be like that when it's just two of us.

ada orang lain je..i'm a stranger to him. tak aci betul!! huhu..IMY ='(