JellyPages.com

Monday, November 18, 2013

langkawi - 1st day

kali ni aku nak share ngan citer sikit pengalaman aku ngan rakan2 sekerja masa ber-company trip bersama2 di pulau langkawi =)

best wooo...

first day...

kitorang gerak dari ofis pukul 10.30pm camtu. apa yang aku ingat jalan raya kat situ sangat la mengganggu tidur aku..huk3. maybe area tu area kemalangan kot. banyak giler la line2 kuning sepanjang jalan tu..dari nak terlena terus terjaga balik..siyes ngantuk..huhu.

jalan punya jalan..lebih kurang pukul 6.20am kitorang sampai kat jeti kuala perlis. yeay!! aku dah nampak laut. excited nye!!! hehe..

breakfast jap..then pukul 8.15am naik feri..dekat sejam gak la duduk dalam feri tu..kalau ada open deck mesti lagi best..tak kisah la kena diri sampai sejam pun..asalkan dapat tengok view laut yang tenang dan cantik..tapi, tengok dari dalam feri je la..

da sampai kat jeti kat langkawi tu, tourist agent tu terus bawa kitorang pergi window shopping..

alaaaa...aku dah tak sabar nak terjun laut ni..huhu.

boleh la usha2 harga coklat..kitorang singgah RAM's, HIG dengan satu lagi tempat tu..huhu. tak ingat apa nama kedai dia. akak2 yang lain sume tengah excited tengok segala periuk belanga pinggan mangkuk kat situ..

and then..okeyh. pergi lunch dulu baru pergi hotel. tempat lunch ngan dinner kitorang boleh tahan mahal jugak la aku rasa..alang2 da bayar complete package tu..memang makan semua laa..hehe.

sampai hotel..kat Holiday Villa Spa & Resort..seronok2..hehe. asalkan dekat dengan laut and ada kolam..semuanya seronok bagi aku..hehe.

okeyh..start dengan first aktiviti..jom kita ber-island hopping....yeay!!

pergi tasik dayang bunting..air dia gelap giler..akak tu suruh aku try berenang kat situ..huk3..tak berani wooo..dengan dorang kata lagi, air tasik tanah dia jenis yang menarik ke bawah..sebab tu la siapa2 yang pandai berenang swim sekejap je..cepat penat katanya..badan rasa berat..sebab dia menarik..huhu. lagi la wat aku seram nak lepas tangan..pegang tangga kat situ..masuk badan jap..okeyh dah..aku nak naik..huuu.

next, pergi eagle feeding plak..okeyh la..hehe. seronok sebab tengok dorang sume excited tengok burung helang tu menyambar makanan kat atas surface air tu..abg bot tu bagi kulit ayam untuk burung2 tu..

third pulau, okeyh..time untuk bermandi-manda..yeay!! air laut kat situ sangat cantik..sangat bersih..sangat jernih..best3.

balik tu dah petang..tapi, belom nak naik bilik lagi..kena rasmikan kolam tu dulu..apa lagi..terjuuuuunnnn..hehehe. wahhh..heaven =)

aktiviti malam tu, lepas dinner..jalan2 kat night market kat situ jap.. bukan semua orang la..sebab kebanyakan dorang dah tak sabar nak ke alam mimpi.. aku pun..dah separuh sedar rasanya..berjalan pun dah serupa zombi..waaa.

sampai hotel je..ajak member lepak tepi laut jap. best. tenang. aman dunia...part ni la yang aku ada call abg aku tu..hehe.

No comments:

Post a Comment