JellyPages.com

Monday, November 18, 2013

langkawi - 4th day

hari ni nak balik daaaa..huhu. sedih nye...pagi tu tak jadi nak terjun kolam pun..wuuu. breakfast pun ccam tak selera..huk3.

lepas makan, lepak tepi kolam...lepak tepi pantai..main kat kaki air..jumpa ikan buntal terdampar kat tepi pantai..badan dia penuh ngan duri..huhu.

tengok dorang yang lain tu mandi, macam nak join terjun sekali je..huhu. tapi, nak wat camner...

...it's time to go and shopping pulak..hehe.

sambung la cari certain coklat yang tengah femes sekarang ngan tshirt for my family. banyak jugak la aku spend sepanjang beberapa hari je aku kat situ..habis jugak la duit aku..gilerrrr. tak pernah aku shop tak ingat dunia camtu.

dapat je apa yang aku nak..okeyh..aku surrender. penat woo..dengar la hingar bingar kat atas bas tu ngan akak2 tu yang tak habis membeli lagi..tapi aku sedap je tido..hehe.

tau2 je dah sampai jeti kat langkawi tu..tunggu feri.

naik feri...huk3..nak balik daaa.

duduk betul2 seat tepi tingkap..dapat tengok laut..sedihnya..tak dapat tengok sunset pown..huhu. tetiba..hehe.

tau2 je..sampai dah kat jeti kuala perlis.

makan jap..

tunggu bas.

naik bas..

pastu aku tak ingat apa da..jalan raya masa pergi yang bergerutu tu pun aku tak rasa apa da..hehe.

habis da cerita kat langkwi aku..huk3

teringin nak pergi lagi..insyaAllah =)

langkawi - 3rd day

the third day kitorang kat sini..hari ni ialah hari yang sangat memenatkan. sangat rushing..tapi best gak la sebenarnya..hehe.

lepas breakfast terus naik bas pergi tengok ngan beli barangan batik, pastu pergi tengok cara pemprosesan minyak gamat. then, shopping sikit lagi..hehe.

then, shoot to underwater world..cantik sangat view dalam tu..tengok ikan, tangkap gambar..tengok ikan lagi..hehe.

pastu terus pergi lunch..kat sini, tomyam sentiasa menemani kami di mana sahaja kami makan..


lepas makan, kitorang pergi RAM's lagi..kali ni bukan untuk window shopping lagi da..shopping la..tunggu apa lagi..hehe. pilih punya pilih..ada jugak coklat yang kena letak balik..off bajet wooo..huhu.

lepas shopping, naik bot pergi tengok paya bakau bertembung dengan laut..masuk gua..tapi, tak nampak kelawar pown..huhu. sebab yang kitorang tau..nak keluar cepat je dari gua tu..gelap gelita woo..huhu.

then, shoot pergi naik cable car pulak..boleh tahan jugak la tinggi dia..aku aci gayat aci tak je masa naik tu..tapi bila dah sampai atas sangat best. sangat sejuk, nyaman, tenang.

view satu langkawi kowt..hehe. sebab dari atas tu boleh nampak pulau ngan laut sekeliling. nice...

lepas dinner..tak tau la apa lagi plan nak buat. hari ni memang tak sempat nak jejak mandi laut ngan kolam langsung...huhu.

esok tu nak balik da..malam tu memang lepak bilik je la..aku surrender untuk malam tu. kepenatan berjalan sakan kot..huhu. memang letak kepala terus bye2..hehe.

langkawi - 2nd day

okeyh..2nd day.

bangun pagi2..turun breakfast. terus get ready nak ber-snorkeling pulak. yeay!!! itulah aktiviti yang ditunggu2 sebenarnye..hehe. kitorang snorkeling kat Pulau Payar..seronok giler kot.. tapi, mula tu..nak menyampai kat pulau tu kena naik bot dulu la..hehe.

siyesla sangat2 enjoy walaupun mula2 tu aku kelam kabut jugak la nak try bernafas pakai snorkeling goggle tu. tapi, lepas dah dapat rentak dia, apa lagi..

swim and swim like the ocean is mine la..hehe. alaa...macam dalam citer nemo tu..dorry cakap, "just keep swimming3..lalalala.."hehe.

lunch disediakan kat sana..lepas lunch turun snorkel balik kat next spot place pulak..dekat tengah laut tu diorang ada buat platform khas. kat situ view kat bawah dia lagi cantik and lagi dalam..huk3.

nak menyampai kat situ, kalau yang cuak sebab 1st time macam aku ni, pegang tali tarik badan ke sana je la..itu pun..huk3..berenang je laaa sambil snorkel tengok bawah..dalam giler kat bawah tu..tapi, at the same time..cantik giler view dia..hehe. subhanallah..cantik sangat!!

aku aci2 cuak berani je. tapi sangat cantik view kat bawah tu. siyes laa..siapa2 yang berpeluang pergi tu, pergi laa..siyes tak rugi. kalau ada kamera bawah air tu da lama da nak tangkap gambar..cantik sangat.

tapi, tengok gambar dengan tengok sendiri, rasa sendiri tersangatlah lain rasa dia. it's super awesome..love the sea..yeay!! hehe.

lepas balik snorkel, terjun kolam lagi laa...apa barang pergi bercuti tapi tido dalam bilik je kan..memang tak sedar penat betul aku kan..hehe.

haaa..lupa nak citer..aku jumpa shark weyh!! tapi, baby dia je la..tak takut tak berani sangat gak la..huhu. asal tak ada darah dorang jinak2 bak merpati gitu..hehe.

tak lupa gak nak citer..kat dalam laut tu ada penjaga tau. "guardian of the coral" hehe. korang sebenarnya boleh swim ngan snorkel je kat dalam air tu. once korang jejak kaki je kat bawah, ade sejenis ikan ni akan gigit2 cuit2 kaki korang. korang angkat kaki je dia relax. setiap tempat ada ikan tu kot. kaler dia hijau2 kuning pink camtu. nice..takde darah pun..tapi, terjerit2 jugak la masa kena cuuit nan the guardian of coral tu..hehe. bila dengar je ada yang terjerit2 tetiba tu..tu la sebab nye..pastu gelak ramai2.. pengalaman yang sangat susah nak dapat wooo..hee.. superb!!

langkawi - 1st day

kali ni aku nak share ngan citer sikit pengalaman aku ngan rakan2 sekerja masa ber-company trip bersama2 di pulau langkawi =)

best wooo...

first day...

kitorang gerak dari ofis pukul 10.30pm camtu. apa yang aku ingat jalan raya kat situ sangat la mengganggu tidur aku..huk3. maybe area tu area kemalangan kot. banyak giler la line2 kuning sepanjang jalan tu..dari nak terlena terus terjaga balik..siyes ngantuk..huhu.

jalan punya jalan..lebih kurang pukul 6.20am kitorang sampai kat jeti kuala perlis. yeay!! aku dah nampak laut. excited nye!!! hehe..

breakfast jap..then pukul 8.15am naik feri..dekat sejam gak la duduk dalam feri tu..kalau ada open deck mesti lagi best..tak kisah la kena diri sampai sejam pun..asalkan dapat tengok view laut yang tenang dan cantik..tapi, tengok dari dalam feri je la..

da sampai kat jeti kat langkawi tu, tourist agent tu terus bawa kitorang pergi window shopping..

alaaaa...aku dah tak sabar nak terjun laut ni..huhu.

boleh la usha2 harga coklat..kitorang singgah RAM's, HIG dengan satu lagi tempat tu..huhu. tak ingat apa nama kedai dia. akak2 yang lain sume tengah excited tengok segala periuk belanga pinggan mangkuk kat situ..

and then..okeyh. pergi lunch dulu baru pergi hotel. tempat lunch ngan dinner kitorang boleh tahan mahal jugak la aku rasa..alang2 da bayar complete package tu..memang makan semua laa..hehe.

sampai hotel..kat Holiday Villa Spa & Resort..seronok2..hehe. asalkan dekat dengan laut and ada kolam..semuanya seronok bagi aku..hehe.

okeyh..start dengan first aktiviti..jom kita ber-island hopping....yeay!!

pergi tasik dayang bunting..air dia gelap giler..akak tu suruh aku try berenang kat situ..huk3..tak berani wooo..dengan dorang kata lagi, air tasik tanah dia jenis yang menarik ke bawah..sebab tu la siapa2 yang pandai berenang swim sekejap je..cepat penat katanya..badan rasa berat..sebab dia menarik..huhu. lagi la wat aku seram nak lepas tangan..pegang tangga kat situ..masuk badan jap..okeyh dah..aku nak naik..huuu.

next, pergi eagle feeding plak..okeyh la..hehe. seronok sebab tengok dorang sume excited tengok burung helang tu menyambar makanan kat atas surface air tu..abg bot tu bagi kulit ayam untuk burung2 tu..

third pulau, okeyh..time untuk bermandi-manda..yeay!! air laut kat situ sangat cantik..sangat bersih..sangat jernih..best3.

balik tu dah petang..tapi, belom nak naik bilik lagi..kena rasmikan kolam tu dulu..apa lagi..terjuuuuunnnn..hehehe. wahhh..heaven =)

aktiviti malam tu, lepas dinner..jalan2 kat night market kat situ jap.. bukan semua orang la..sebab kebanyakan dorang dah tak sabar nak ke alam mimpi.. aku pun..dah separuh sedar rasanya..berjalan pun dah serupa zombi..waaa.

sampai hotel je..ajak member lepak tepi laut jap. best. tenang. aman dunia...part ni la yang aku ada call abg aku tu..hehe.

Sunday, November 17, 2013

Abg, adik rindu

kata dia, aku ni adik dia.

kata dia, adik tak boleh jatuh cinta pada abang sendiri.

kata dia, tu cinta terlarang tau.

itu kata dia.


seronok bila dengar dia membebel, dapat rasa yang dia sebenarnya betul2 care pasal aku.

hati tercuit bila dengar dia bagi nasihat, rasa macam ada abang betul pulak.

itu kata aku, perasaan aku.


hakikatnya,

macam mana ye nak treat perasaan ni as adik-abg je?
"just because he means something to me.."

kawan aku kata pulak,
"sebab kau tak jumpa the right person lagi tu"
 tapi,

abg, adik rindu~

rindu sangat!

***

teringat malam lepas aku balik dinner masa co trip kat langkawi hari tu.

hari tu hari yang sangat2 memenatkan. pagi sampai petang aku ber-snorkeling. lepas tu lepas makan malam, jalan2 kat night market kat situ. macam zombi da gayanya. nak tumbang je rasa.

tapi, sampai je kat hotel, aku tak terasa nak naik bilik lagi. terasa nak jalan2 kat tepi pantai.

so, malam tu, aku lepak ngan sorang lagi ex-trainee kat tepi pantai tu. baring atas kerusi malas betul2 tepi pantai..dekat sangat dengan laut.

bertemankan desiran ombak, bulan separuh yang terang dan beberapa ekor ketam..cewaaaahh..hehe.

sangat best. tenang jiwa..aman je rasa. then, terasa nak call dia. nak call abg.

masa dia angkat call tu, bunyi macam da tido. tapi, dia layan je borak. seronok la..macam rasa tengah borak ngan abang sendiri. hilang rindu.

malam tu, boleh la jugak kitorang bertekak cam budak tadika tak cukup umur pasal pe jadi masa intern..pasal mereka2 yang cakap intern tu banyak masa tu, banyak giler masa terluang tu..padahal hakikat nya,

kata aku, "cuba la abg keje as auditor kat tempat adik tu seminggu. tengok apa jadi. banyak masa ke tidak!"

kata dia, "apa seminggu ek? ok..cuba pulak adk kerja kat tempat abg intern dulu, abg bagi 3 hari je. keje sebagai engineer. hari keempat tu nak datang kerja lagi ke tak?"

"cop3...ni apa kes masuk cerita pasal abg punya intern ni? adk nga cakap pasal dorang yang cakap adik banyak sangat masa terluang. itu isunya sekarang..."

tembak punya tembak..lepas tu..kitorang gelak serentak..hehe. comel sangat. da lama tak gaduh gamaknya..haha.

tu la..sapa suruh tak contact each other..

abang ada cakap, "cari la pakwe sorang. better cari masa last semester nanti."

"abg, adik last sem tahun depan tau..my last sem is next sem..haha"

sebabnya, "nanti adik tersuka abg nanti susah."

"alaa, kenapa? tak boleh ye? hehe"

"eyyyhhh, kita kan adik beradik. adik beradik mana boleh bercinta. cinta terlarang tu..haha"

there..he said it again. don't fall for him.

***

malam tu..entah la. walaupun dia cakap dalam nada gurau macam tu, aku sebenarnya macam faham apa maksud sebenar dia.

at least,

even though you dont love me back, at least i knew that you do treat me like your sister.

hati tenang sekejap. persoalan "who am i to you?" da terjawab.

at least, i'm not nobody to him.

***

aku ada cerita kes malam tu, cerita masa HTP hari tu kat roommate aku masa kat hotel tu, akak tu suruh aku test abg tu. sebab pada dia, abg memang suka control macho depan aku. 

aku ada depan mata, still tak nak tegur.

member lain tengah seronok mengusik aku, dia tengok je. padahal member lain main masuk je gelak sekali.

tapi, dia...teragak2. aku dah sorang baru nak tegur. itupun lepas aku wat bodo je kat dia.

tau pulak, maksud sombong tu apa..

haisyyy..dia ni kan...

***

malam tu, aku tanya dia, kenapa dah tak contact adk? nak tunggu adk contact abg dulu ke?

dia kata, dia ada contact aku. tapi aku tak reply. orang tengah busy!

"mana ada!! adk tak dapat pun mesej abg!"

dia bantai salahkan celcom. sebab dia kata, mesej yang aku hantar kat dia hari tu pun dia tak dapat!

hmm..entah betul entah tak abg tu..hehe. tak charming langsung!

macam budak2..puji diri sendiri! suka sangat masuk bakul angkat sendiri..sekai bakul tu bocor! padan muka..hahaha.

rindu nyaa nak dengar dia membebel..huhu.

***

masa dia tanya aku tengah ada kat mana malam tu, aku jawab la dengan suka hati nye..dekat tepi beach. lepak2..bersantai2.

and, he asked me..no, he urged me to go to my room that instant. walaupun aku da pusing cerita benda lain..dia tukar nada brotherly-hood dia tu balik..

"dah malam kan tu? tak elok laa. pergi la naik bilik. sampai bilik japgi mesej abg."

huk3..baik la..

***

see!! itu yang kadang aku tak paham dengan dia.

why did he treat me like that?

and, he will only be like that when it's just two of us.

ada orang lain je..i'm a stranger to him. tak aci betul!! huhu..IMY ='(

Sunday, September 15, 2013

bye2 shah alam

salam semua.

setelah sekian lama blog ini sepi tanpa sebarang cerita...

hye~

been busy lately..huhu. ye laa..orang dah start praktikal kan..huhu.

da ada rupa orang kerja da..da makin kurang sosial..sebab nye pergi kerja pagi2..balik rumah nampak katil je..huhu. 

takpatut3...

okey..sebenarnya baru balik dari shah alam tadi..setelah sekian lama tak jumpa mereka2 semua..merekalah yang buat saya marah, merekalah yang buat saya ketawa..dan merekalah yang dah buat saya menangis.

huhu..sedey~

da terasa rindu giler kat dorang da..

they are my friends..my family :)

macam aku cakap dulu..semua dah nak grad da. aku pulak tengah praktikal kat area rumah sendiri..jauh dari shah alam.

tapi, sebab ada program kat shah alam..so, raaaaamaaai giler member2 semua turun dan datang shah alam untuk pergi program tu.

selama 2 hari berprogram dengan diorang..rasa happy tu datang dan datang dan datang lagi. seronok sangat. sikit2 gelak..sikit2 serabut sama2..hehe. rindu giler kot..hehe

***

dalam borak2 dengan diorang tu..aku ada dapat berita.

he's here in shah alam.

my abang is here in shah alam!!

ya allah~ serius la aku rindu sangat2 kat dia. tu semua mimpi hari khamis baru ni punya pasal.

bila bangun je..terus contact dia. tetiba jadi risau giler kat dia. tapi, dia cakap dia okey je! well..that's him. nasib baik tak dengar suara. (aku mesej je dia..ye la..sesudah subuh takkan nak call tetiba..huk2)

mati2 la aku ingat selama ni dia bercucuk tanam kat rumah dia..alih2 dia da dekat dua minggu juga la kat sini.

ish3..sungguh la aku terkejut sampai terdiam sekejap. tak tahu nak cakap apa.

sebab tetiba rasa nak sangat2 jumpa dia..sangat2 nak jumpa dia!

tapi, malam tu..plan nak serbu tempat kerja malam dia tergendala. lain yang jadi. tapi, aku still having fun dengan akak yangg jauh datangnya dari sarawak sana..:)

ada call dia..busy la pulak..ok takpe.

tapi, ada something yang wat aku rasa nak ketuk je mamat tu..biar jadi pendek lagi!

mula2 dok tanya aku.."tak datang tengok ke program hari ahad esok?"

aku dok ngarut2 cakap ngan dia..alih2 aaku cakap la benda betul. "yeap..adik pergi esok. abg?"

"tengok la..kalu tak busy abg pergi..."

tau2 je..malam tu dia pun join trenning skali dengan peserta2 lain..dan dia ada dalam pertandingan tu..

sengal betul! tak habis2! apa masalah dia pun aku tak tau.

time terserempak dengan dia pagi pertandingan tu pun..dari jauh lagi..aku macam..'abg!' dalam hati je la. tapi, aku cari orang lain atas urusan lain. memang wat tak nampak la..

kononnye laa..haha. tapi, pastu memang banyak lepak ngan dia je...hehe.

kira setengah hari juga la program ahad tadi tu. seronok! gathering ramai2 balik. paling best sebab abg pun ada.

sampaikan..sebab dia ngidam nak makan kat noodles station, so jomlah kita makan ramai2 kat situ. alih2, ramai gak la yang still lapar lagi. lapar nasi...hehe. sekali-sekala~

***

program still berjalan. tapi, tinggal nak closing ceremony je la.

abg balik awal...dia kerja kan untuk shift malam tu.

tak tau la muka aku tu dah habis cover ke belum.. tapi, masa dia da nak pergi tu..masa dia bye2 tu..just smiling..keep the face dengan perasaan tak kisah..padahal dalam hati tuhan je yang tahu. sebab nya..bila lagi la kita semua dapat jumpa lagi? bila lagi la adik dapat jumpa abang lagi.

time dia paling je..aku hantar dia dengan hati yang sedih..muka aku? kalau ada yang dok perhati tu..memang tersangatlah obvious sedihnya. tinggal tak menangis je. nasib baik la ada member2 lain yang masih dalam mood giler2..so, kesedihan aku tu dapat cover sekejap la daripada pandangan lain2.

dalam hati terdetik...

"it's time to let go!"

***

it's time to let abang go right? 

is it the right thing to do? 

am i doing the right thing?

because, i'm afraid of another heartbreak. so, i think this is the best kot.

abang is still my abang. but, the feeling towards him must go away..must fade away.

abang is just abang.

he'll be there for me if i need any of his help.

but, the feeling..it's kinda hurt! a bit...huhu

gonna missed him for sure. cukupla dapat jumpa dia tadi. terubat sikit rasa rindu di hati.

walaupun cukup terkejut dengan statement yang dia memang confirm da putus dengan ex dia..yang dia boleh ada kat shah alam and tengah kerja...

...and, he wont tell me a thing about it even though i ask him. dont really know the reason why for sure..hurmm.

***

masa ibu and ayah dah sampai nak jemput aku balik. dalam kereta aku senyap je dengar lagu layan perasaan. lagu yang ada sikit memori pasal abg.

kalau rajin cubalah cari...

"maybe" by king

cubalah hayati lirik dia..huhu. lagu2 untuk orang yang heart-broken..haha.

***

"maybe" by king

There I was waiting for a chance 
Hoping that u'll understand
The things I wanna say

As my love
Is stronger than before 
I wanna see u more and more 
But you close the door

Why don't u try 
To open up your heart
I won't take so much of your time... 

Maybe it's wrong to say please love me too
Coz I know u never do
Somebody else is waitin' there inside for you... 
Maybe it's wrong to love you more each day
Coz I know she's here to stay... 
But I know to whom you should belong... 

I believe what u said to me 
We should set each other free 
That's how u want it to be... 

Coda:
But my love is strong 
I don't know if this is wrong 
But I know to whom you should belong...

Saturday, August 3, 2013

r.e.s.u.l.t.e.x.a.m

hari ni result exam aku keluar..hoho. terlupa giler pasal tu. aku budget nak buka emel nak cek benda lain..sekali

"greetings...."

speechless...

berdebar pulak aku tunggu result ni loading..huhu

tup...

speechless...again

hmm..tenung balik. cuba refer balik result2 sem lepas.

entah la..tak tau nak cakap apa.

masa nak exam tu pun..tak tau la apa yang dah jadi kat aku.

nak kata aku serius..kadang2 banyak mainnya.

nak kata aku tak buat exercise..aku buat apa..cuma kadang mood study tu datang macam roller coaster.

giler la..mak aku pun kata.."ok la tu. dah itu yang termampu."

tapi dalam hati..what's wrong with me..hurmmm

tak tau la...

last2 sekerat jalan je aku packing baju nak balik kampung untuk raya ni haa. ayah aku balik dari servis kereta japgi bising dia apa pun tak siap lagi..

takpe la..bukan boleh diubah pun. nak tunggu habis praktikal and sambung part 8 balik la pun kalau nak touch up apa2 yang patut.

hurmmm...

okay la. selamat hari raya ek semua. kalau ada line internet kat kampung tu..aku update la pape yang patut..huhu.

bye2..bawa kereta elok2 ye :)

Wednesday, July 31, 2013

smoker

sigh~

kenapa?

kenapa?

kenapa???

kau pun smoker jugak ke cik abang oii..huhu

waaaaaaarghhh..

apasal la semua yang aku jumpa..yang aku rasa kira not-that-bad la..semuanya smoker..why oh why???

huhu..terasa nak nangis je..anak beranak pulak tu..adoiii.

demerit 10 markah..hahaha. =.="

sigh~

aku dapat tau pun gara2 terpaksa buka kat tapak bazaar sebab hujan lebat giler tadi. memang basah lencun la semua orang. pelanggan semua pun berlari pergi kat kereta masing2..

time tu, semua kuih, makanan, roti john, roti bom, mertabak yang femes2 and sentiasa habis tu, wat rekod baru..banyak giler yang terlebih2..

tapi tak pe la..kitorang para peniaga ni pulak la yang dapat bertukar2 makanan antara kitorang..hehe. orang berbudi, kita berbahasa. orang memberi, kita merasa.

disebabkan kebanyakan peniaga terpaksa main-pondok2 berpayungkan khemah or kanopi masing2 tu..kitorang main exchange makanan gak. ada yang siap redah hujan pergi khemah lagi satu..ada yang siap main air hujan..hehe. alang2 basah biar lencun..hehe

alkisah nya..alhamdulillah la time dah azan maghrib hujan dah start renyai2 dan nak berhenti da. semua yang still tinggal tu berbuka kat khemah masing2. minum sikit..makan kuih sikit. ok done. jom balik makan nasi kat rumah.

dalam tengah kemas2 tu, aku ada la terbau something. hidung aku ni kadang2 sensitif sikit. alert terlebih kalau terbau benda tu. ni macam bau.....

sape pulak la yang wat 'fogging' senja2 ni..

sebabkan aku tengah membelakangkan diorang..pusing2 belakang je..aku nampak dia dulu..fuuuuhhh 'heaven'nya lah aku tengok. sorang lagi dan sorang lagi. baik ayah dia..baik pakcik dia.

ayyooo...geleng kepala sekejap. terdiam sekejap. pasrah..white--flag..huhu

kau pun ke?

kalau aku cerita kat member aku ni...for sure kena gelak dulu.

mana nak lari weyh..pusing kanan abang aku pun smoking gak. pusing kiri member aku pun smoking gak. pusing belakang mamat tu pun smoking gak. pandang depan..aku yang jalan dulu nanti..hahaha

aisehhh..sabar je laa =.="

FOA+FN dalam kenangan

FOA+FN=143

cerita lama..yang ditaip separuh jalan.

cerita ta habis..

cerita tergantung..

cerita yang sengaja aku sembunyikan..daripada tatapan umum.

ada la publish sekejap dulu. tapi, after a few months, aku decide untuk 'save as draft' je cerita tu.

cerita yang bukan hanya rekaan..sebab itulah apa yang dah jadi sebenarnya dulu.

reason kenapa aku hide kan dia..

hurmm..sigh~

biarlah cerita tu tersimpan kemas pada yang pernah terbaca dulu dan pada yang ada sekali dengan aku masa benda tu jadi dulu..

semua tu hampir 3 tahun lepas punya cerita..

cerita kanak2 lepasan SPM baru nak belajar macam mana kehidupan di universiti..

macam2 kerenah..macam2 ragam.

sampaikan..sampai sekarang..

ada orang memendam seribu rasa...

ada orang menyimpan segala persoalan yang tak terungkap...

ada yang masih menyimpan dendam...perasaan tak puas hati...pabila ego diri sendiri dijulang tinggi..

ada yang masih berharap segalanya akan sirna nanti...segala sengketa haruslah diuraikan...

dalam 3 tahun yang berlalu tu..satu tahun awal tu je yang happy..

sebabnya, 2 tahun selepas tu..aku=aku, kau=kau.

"kau siapa? baik kau diam! baik kau jangan masuk campur dalam hidup aku dah!"

padahal dulu...

kita kan FOA+FN

tapi sekarang ni...

hurmm...

banyak yang aku belajar..

sebab cinta, kita boleh jumpa kawan baru.

sebab ego, kita boleh hilang kawan yang setia dengan kita dulu.

sebab cinta, satu family diperkenalkan.

sebab ego, satu kelas dipulaukan. kata cacian jadi perbualan biasa bagi dirinya.

orang ada kata, api jangan dibalas dengan api..nanti makin marak.

tapi, kalau air cuba sejukkan keadaan disimbah petrol..air yang ada tinggal asap je la..jadi wap air.

so end up, makin terbakar sampai tak dapat diselamatkan.

sorang dah rendahkan ego dia..tapi, sorang lagi masih menjunjung ego tu tinggi melangit.

best ke kalau jadi macam ni? tak rasa kau tu sangat hipokrit ke?

aku--dah--surrender--white flag--

Tuesday, July 30, 2013

salam ramadhan

salam ramadhan semua :)

harap semua sihat2 ye..hehe.

how's everybody's life? been better lately? stay out of trouble kay..:)

apa pulak nak cerita kali ni ek..

kita buka cerita pasal bazaar ramadhan.

family aku ada buka gerai puasa2 ni..kitorang jual kuih-muih. macam2 ada..hehe.

jumpa macam2 pelanggan.. macam2 ragam..

jiran kiri dan kanan pun ok..tak ada sengketa macam dulu..hoho. (tapi dulu tu pun, bukan kitorang yang cari pasal la. kitorang yang tersepit jadi orang tengah. kadang2 haru la jugak masa nak menjual tu.)

tapi tahun ni da ok..seronok je..hehe

ada sorang customer ni..macam member sekolah lama aku dulu..tapi, siyes la aku cakap. macam kenal..huhu.

esok tu dia datang  lagi. suka sangat badak berendam tu. selalu datang, "badak berendam 2"

esok datang lagi..dan lagi..dan lagi.

sampaikan one day tu..tetiba dia, "hye"

errrr...aku da wat muka pelik. huk3. kau nak try usha aku ke???

dengan mata yang kelam aku cuba jugak perah otak..bukak memory lane aku..kot2 terjumpa la wajah laki depan aku ni--WHO-ARE-YOU? tu aku sebut dalam hati je la.

aku tak ingat ko sape...

waaa..tension kejap.

ehmm..esok tu dia datang lagi. tapi, tak pandang aku langsung dah..huhu. dia pun tak senyum cam selalu.

tu la..muka tak boleh nak cover. aku baru je nak 'hye' dia balik..(plannye la..)

takpe laa..

baru je nak hepi jap. baru je nak perasan jap.

tup..tup..

esok punya esok tu dia datang lagi. but, this time dia bawa marka la..

aiseh..melepas..HAHAHA

tapi kan..jiran aku yang jual segala macam air sebelah ni pun macam lain macam gak aku rasa.

ke aku yang perahsantan sensorang sekarang ni..hehe

awat hang dok usha aku tak berkelip. setiap hari pulak tu. macam mana laa aku boleh tak perasan sensorang..hoho.

sikit2 usha..sikit2 tengok. sampai naik segan aku dibuatnya..

tapi, orang dah usha aku...aku perhati dia balik.

oww..mamat ni memang overfriendly la..pakcik sebelah jual cendol tu pun dia melawak berdua tu jugak.

ermm..takpe2..alang2 dah perhati..scan terus.

tinggi okey da..sembahyang so far tak tinggal..suara tough2-lembut-comel camtu (HAHAHAHA)..dan, ada something yang aku seronok bila tengok muka dia..especially bila dia senyum. bukan kat bibir je yang curve..satu muka tersenyum sekali. tenang sekejap..calming aura.

hehe..wat biasa sudaa.

seronok la ada jiran camtu..haha. jiran untuk sebulan ni je.

lepas tu..tak jumpa dah.

tapi, kadang2 terlintas jugak.."dia ke yang aku tunggu2 selama ni?" haha..tapi, takde jawapan.

ada lebih kurang seminggu lagi..tengok la macam mana.

tapi gak, hari tu nampak dia pegang fon..

terus...tak jadi la. uhuk3..entah2 orang punya. haru je hidup aku nanti. bukan kot. takpe la..kita stay jadi jiran je. safe-side...ngeh3.

***

p/s: aku rindu member2 aku..lagi2 yang rapat, yang selalu ada masa aku jatuh-happy-dan giler2.

p.p/s: aku harap korang semua baik2 je. live well..lagi 8 bulan kita jumpa insyaAllah..

p.p.p/s: btw, bagi course-mate aku yang start internship 1 Ogos ni..all the best ek korang. aku just nak cakap, yang aku dapat start kerja LEPAS CUTI RAYA..hehehehehe. boleh raya sakan dulu..

key, bye. smile always..no matter what happen. chiow.

oppss..lupa satu lagi.

p.p.p.p/s: aku mohon segala salah dan silap dimaafkan. harap takde yang makan hati, berulamkan jantung pisang dengan aku dah ye. harap halal semua yang korang pernah bagi aku dulu. SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK :))

Saturday, July 13, 2013

Friday, July 12, 2013

hanya allah yang tahu

BUDGET TOUGH!!

but, hey, that's me.

as long as i can keep smiling, i'll smile.

dalam hati tak payah tahu la.

balik dah semua roommate aku.

sedih ke? ada la jugak. tetiba terasa ditinggalkan..haha

semua da pergi..

yelah, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.

8 bulan tanpa diorang semua disisi..

hey...gotta keep myself cool and relax.

gonna missed them. all of them.

abang, akak, my besties, my close friends and others.

terasa nak nangis..:')

Sunday, July 7, 2013

:)









coretan hati 10 - HATI

hati ini adalah anugerah daripada illahi,
perasaan ini adalah rencah dalam kehidupan,
tertutuplah hati, tersimpullah hasad & dengki,
terhapuslah perasaan, tiada yang senyum melainkan keterpaksaan.

hati ini sering disakiti,
hati ini sering diracuni,
hancurlah ia di kala kesunyian,
musnahlah ia tanpa diubatkan.

namun, wahai hati,
jangan kau berputus asa lagi,
ujian yang diberikan bukan sekadar menguji,
tetapi bukti kasih sayang illahi.

pernahkah kau terdengar,
tangisan yang hampir tidak kedengaran,
pernahkah kau terhibur,
dek tawa yang hilang kesinaran.

tetapi, duhai hati,
mampukah kau bangkit kembali,
janji tuhan bukan setakat ini,
kerana kau mampulah, kamu diuji.

bangunlah duhai hati,
percayalah dengan dugaan illahi,
kebahagiaanmu bakal kan tiba nanti,
bersabarlah sedetik cuma lagi.

#dikarang pada 5julai2013 #still dalam exam hall #30minit yang terakhir

mimpi ke?

semalam tu...adakah aku hanya bermimpi, mainan tidur, ataupun ianya betul2 satu realiti?

hahaha..ya Allah.

kenapa bila aku bangun2 je daripada tidur yang panjang (wahh? terlebih tidur sebenarnya..) saat aku celikkan je mata aku, am i dreaming?

is it a sweet dream or not?

apa sebenarnya yang dah jadi semalam sampaikan aku rasa tak sabar2 nak spill everything out kat sini.

i'm totally over excited!!! hahaha.

***

aku dan kawan2 aku, adalah dalam 4 kereta macam tu. kitorang nak pergi tengok satu teater ni. teater yang jugak menjadi satu simbolik dalam diri kami semua.

perjalanan ke sana tu, tak ada banyak ragam nya. aku dapat gak jadi co-driver abang..hehe (aku dah senyum ke telinga dah sekarang ni)

seronok sangat cerita kat abang yang aku dah jumpa dah lagu dia yang aku cari2 selama ni tu. excited sangat sampaikan orang seat tengah dan belakang tertanya2..aku rasa dorang semua mesti da..."owwwkeeyyy, something is so fishy right now." "haiii, korang ni ada apa2 ke?"

haha..aku gelak je bila member aku sorang tu cerita kat aku pasal benda ni.

and, i'm proudly to say that, to her je la.."he is my oppa, my abang" (oppa tu sebab bahana cerita korea yang baru je aku tengok lately ni. oppa tu boleh bawa maksud kepada boyfriend or abang.)

entah abang tu terlebih penat ke apa..sambil driving mulut tu tak reti2 nak senyap. bukan nya apa..bisingnya sebab membebel tak tentu pasal. pasal kereta depan tu lembab sangat la..apa la. aku yang duduk sebelah ni mcam nak.....haaiii, abangku sorang ni!!! abang nak kejar apa??..end up, dia drive quietly..haha

bila aku tegur, "laa..senyap da. tak nak cakap ke?"

dia boleh la tembak aku balik. "bukan tadi suruh abang senyap ke?"

erkkkk...hahaha. adoiii..abang2.

akhirnya..kami dah selamat sampai kat teater tu. siap2 sembahyang..now, it's theater time!! hehe

seronok tengok member sendiri dalam pementasan tu. love the courage. semua orang bersungguh2. nothing much to comment about the theater. tapi, tiba2 member2 kitorang tu dah jadi retis plak..haha.

habis sudah teater nya. jom balik MAKAN!!

disebabkan parking tu boleh tahan jauh juga dari tempat teater tu, diorang driver2 ni nak pergi ambil la kereta masing2.

abang tu pulak, dari tadi aku suruh dia ambil kereta..bising je lebih. "arghh, takde. jalan!"

tapi, bila member dia, driver gak, (tapi diorang dah ambil kereta diorang dulu tadi) suruh abang ambil, "okey!"

eyhhhh..mamat sorang ni, "gedik! mengada!"

tapi aku ikut je dia. tak tahu kenapa. kaki ni laju je follow dia. sampai2 dekat parking, baru aku teringat, token parking kereta tu ada dengan aku! kalau aku tak ikut sekali tadi, memang kena bebel lagi dengan abangku sorang tu..haha. entah..alasan je rasanya semua tu..ngeee

okey. now, jomm jemput yang lain. jemput dorang yang tengah tunggu kat tempat teater tadi.

akak kereta depan tu gayanya macam tahu jalan. abang pun follow je la dari belakang. follow punya follow, aku cakap kat abang, "akak ni tahu jalan tak ni?"

"dia tahu tu" confident giler cakap!

aku pun..okey. tapi pastu aku cakap lagi, "macam dah main pusing2 je ni?"

end up, akak tu stop tepi jalan. "weyh, korang, aku sebenarnya tak tahu jalan la."

HAHAHAHAHA

dah sudah..

dah la time tu member2 yang lain dah start calling kitorang. tanya kitorang kat mana.

aku tanya abang, "dah lama sangat ke kita ambil kereta ni?"

"lama jugak la rasanya. siap2 main pusing2 bagai. adoiii."

okey, kitorang dah sesat!

HAHAHAHA

aku gelak lagi dalam kereta tu. dalam member kereta lain nak rescue kitorang tu. diorang cakap kat abang, "jumpa dekat tempat makan tu terus la. dekat kau ada GPS kan?"

so, jomlah kita ye. mencari sesuap nasi. hahaha.

sekarang ni, kitorang pulak yang lead. akak tadi tu, follow daripada belakang. follow punya follow.

"korang, kitorang dah sesat la. tak jumpa korang sebab tadi salah tengok kereta. ehmm, kitorang gerak balik dulu la ye. tak jadi makan ramai2 dengan yang lain"

erkk...

hmm..okay. so, end up. gigih la aku dengan abang, berbekalkan GPS yang ada dalam kereta ni pergi cari tempat makan yang diorang cakap tu.

punyalah cantik kitorang follow GPS tu, sekali entah mana2 dibawa nya.

okey, abang dah panas hati.

huhu..takutnya. macam nak meletop dah aku tengok mamat sebelah ni. wuuu

"abang relax please. tarik nafas, lepaaaas." kipas2 sikit..haha

nasib baiklah member 2 kereta yang lain ada berdekatan dengan kitorang. nasib baik dah jumpa korang. singa sebelah aku ni dah nak mengaum dah aku tengok.

masing2 lapar. masing2 mengantuk. masing2 penat. lagi2 abang. dia dari pagi dok rushing buat kerja dia. lepas tu berkejar pergi ke teater pulak. hmm..abang sabar ye. huhu

***

tapi, dalam duduk berdua tu. banyak juga la yang kitorang bualkan. tentang abang, tentang aku. tentang hati dan perasaan kitorang yang dulu. tentang smoker.

abang kata, dia smoking sebab taknak perempuan fall kat dia. ada gak ye sampai macam tu sekali.

tapi, on my side pulak, aku dah letak barrier yang kadang2 aku cipta dengan perangai yang boleh wat orang annoying juga, sebab aku taknak diorang fall kat aku. hmm.. sebab, if i'm really worth for you, TRY ME! break my wall...hehe.

abang siap tanya satu soalan cepu mas kat aku.

"adik suka tak lelaki yang smoking? in term of husband-to-be."

"sejujurnya (aku dah nak nyanyi lagu tu dah..hehe), adik tak suka orang yang smoking. adik siap pernah reject some1 yang pernah nak usha adik dulu...sebab dia smoking. tapi, bila dah sayang, benda tu dah jadi small matter.

and, macam abang pernah cakap dulu, macam sepupu adik pernah cakap dulu, "dah kahwin nanti kitorang berhenti la", so, adik akan tuntut daripada dia nanti, suami adik tu nanti. kalau dia still tak dapat wat, siaplah..hehe"

abang ada cakap jugak, "tapi, kitorang tak bolehlah stop tetiba macam tu. gradually kitorang akan stop la. macam abang, kalau area tu ada budak2 kecik, abang takkan smoking."

"bagus la tu. cuba abang fikir dulu macam tu sebelum abang smoking tu."

"abang kena nampak dulu, baru boleh wat."

abang2..

bila abang tanya macam ni, adik seboleh2 nya taknak terperasan apa2. sebab sampai sekarang, adik pegang doa yang adik jumpa tu. doa untuk abang. asalkan abang bahagia. walaupun bukan dengan adik. adik nak tengok abang bahagia!

***
abang pun ada cerita jugak. dia taknak lah kata dia tu hot stuff (emmm..baiklah abang oii..haha), tapi out of ten, akan ada sorang yang rapat dengan dia, yang akan fall kat dia.

dia ada cakap juga, "kalau abang dapat tahu orang tu suka abang, abang akan cakap kat dia. "please dont fall for me". sebab heartbreak tu sakit."

yup, betul. cant agree more. tapi, deep in my heart, 'abang tak dapat rasa ke yang adik pun dah suka abang balik ni? adik taknak cakap adik dah start sayang abang semula, sebab dua perkara tu berbeza sangat impact dia terhadap adik. to make it safe, adik just nak anggap yang adik hanya still suka abang.'

abang taknak wash me away macam abang buat 2tahun lepas tu? or sebab abang rasa, 'tak kot. adik maybe tak suka abang dah kot. adik just treat abang as your abang je kot.'

disebabkan adik pun tak pasti, to make it safe, adik cerita balik kat abang pasal ex adik. just want you to think that i'm still cant get rid of him. adik taknak abang fikir yang i'm falling for you.

apa2 pun, thank you. for letting me stay.

***

okey! finally. sampai pun. jom MAKAN.

order siap dah.

semua orang hampir siap makan dah.

kecuali AKU!

sebelum tu pun, aku dah siap warning kat member sebelah aku (yang dah siap makan!), "dont mess around with hungry person!" time tu dengan nada bergurau la.

aku tunggu punya tunggu..order aku sorang je yang tak sampai2.

AKU LAPAR!

member aku pun panggillah abang ambil order tadi tu.

bila dia datang balik, "nasi tu dah habis la." pastu dia belah macam tu je!

wahhhh kau!!

tiba2 member aku cakap, "dah la takde soorry takde apa. kawan ni dah tunggu 40 minit!"

aku yang dengar ni, terus panas la oiii.

it's nearing 12.30 in the morning, and i'm very HUNGRY and ANGRY!

aku dengan senyap nye menghabiskan air tembikai laici aku. harap sejuk la sikit..

tapi, lepas tu...

member aku yang duduk sebelah aku tadi, nak jugak buat lawak time ni. dengan pinggan kosong dia tu, dia hulur kat aku, "alolo, kesiannya dia. nah ambil ni."

sorry bro! kau nak bergurau wrong timing bro! aku dah pesan awal2 tadi kan.

memang kau kena jeling-maut daripada aku la bro! sumpah, itu sangat tidak lawak!

aku terus ambil phone, kebetulan time tu abang keluar sebab nak 'fogging', dengan tak ada salam nye, "ada burger tak kat luar tu?" "takde ek, tak pe lah...tut3" aku terus letak.

memang marahkan nyamuk, satu kelambu aku tengah bakar sekarang ni!

haiii...nasib korang la.

time member aku tengah collect2 duit kat kitorang, aku hulur duit AIR aku kat dia.

aku minta kunci kereta kat abang, tapi abang cakap, "sekali la."

okey, aku sabar lagi. minum sikit lagi air aku yang dah berbaki tu.

tapi, aku dah tak boleh duduk dah kat situ. panas hati, panas punggung!

aku nampak je ada 2 orang member aku tengah nak hisap rokok kat luar restoran tu, aku terus keluar. dengan hati yang bengang dan perut yang lapar! aku perasan abang aku perhati je aku.

(tadi aku tengok abang tengah panas, sekarang ni, out of control la abang. tengok je la perangai adik abang sorang ni)

muka aku takyah cerita macam mana rupanya. tiada lagi senyuman buat semua...(cewahhh)

tunggu je la kat luar tu. cuba sejukkan diri sendiri. jenguk2 juga, memang takde burger langsung ke kat area ni. hmm..memang takde pun. takpe lah.

okey, semua dah keluar. bila abang aku lalu sebelah aku je, "jomlah"

"hmm."

member perempuan aku sorang ni try la pujuk aku. tapi, entah lah. sorry sangat. aku takde mood langsung dah sekarang ni. and aku lapar sangat2 ni.

hurmmm

dalam kereta, dorang yang duduk belakang dah start bising2. borak2. yelah. perut kenyang hati senang.

aku kat depan ni, tengah cuba sejukkan diri sendiri.

dengan abang kat sebelah yang tengah concentrate habis bawa kereta. yelah..dah malam kan.

aku minta dia pujuk. tapi, pastu, dia kuatkan radio. "dengar ni."

erkk...abang!!

"i'm driving. sorry."

dah la muka ketat giler. tapi, yelah, aku tak pernah drive malam2. kat jalan yang tak familiar pulak tu. aku cuba faham dia.

tapi, setiap kali aku ajak borak dengan dia, hanya senyum ataupun takde reaksi langsung.

krik...krik....krik...

pandang luar lagi cantik kot.

nak borak dengan orang kat belakang, terasa malas sangat. layan perasaan lagi best. hurmmm.

sampaikan aku ada tanya abang, "should i treat silence with silence?"

dia sengih je. tapi, mata still pandang depan.

walaupun terasa macam tak dipedulikan, tapi, aku cuba jugak paham dia. dah malam. and he's driving. takpe la abang. adik malas nak ambil hati.

bila dah sampai dekat shah alam, dah jumpa yang lain2. perut aku pulak dah masuk angin. and sakit sangat. gastrik ke. ye la kot. huhu. dah pukul 2pagi. last makan berat pun tengah hari semalam tu.

appa. itai. huhu

lepas dah drop semua orang...

"adik nak makan apa? burger?"

"tak tahu"

"laa, habis tu nak cari apa ni?"

"burger je la. alas perut. dak masuk angin."

pusing2 seksyen 7 cari kedai burger sedap mana yang still buka pukul 2pagi tu.

okey. jumpa la satu.

"abang, burger daging special telur benjo cheese satu!" hehe..aku lapaaa. ngee

tapi, aku perasan. takde la sakit mana pun sebenarnya. mengada je lebih. lagipun abang pun ada kat situ kan. adoiii la haii..haha. abang perhati je la aku ni haa. siap pegang perut bagai. totemo peko peko desu.

siapa kata anak sulung tak manja? hahahaha. aku manja pada yang sudi je. hehe.

abang dah mengantuk. hmm..sori susahkan.

sampai je rumah aku, "tq" aku rasa aku dah cakap slow habis dah tu. sampai aku tertanya2, abang dengar ke?

tapi bila dia balas, "your welcome." okey. abang dengar.

"balik rumah jap lagi, minum air dulu."

"ok"

aku naik rumah, masak air panas. solat isyak jap. bancuh milo suam. makan burger. tidur.

***
bangun2 je..adakah itu semua hanya mimpi?

nope sweatheart. you are not dreaming.

and right now, i'm still smiling for the beautiful night.

what a night! hahaha.

thank you Allah.

walaupun, abang bukan diciptakan untuk aku,, terima kasih kerana bagi aku kesempatan untuk mengenali diri dia. i'll not regret it. i'll always pray for his happiness. pray for me too kay. smile~

Sunday, June 30, 2013

life :)


Saturday, June 29, 2013

doa

"Kalau ada seseorang yang kau cintai, suruh kau lupakan dia, kau buat apa?"

"Doa."


"Doa supaya dia buka hati untuk kau?"


"Tak"


"Dah tu?"


"Aku akan doa; Ya Allah temukanlah dia dengan seseorang yang baik akhlak, iman dan taqwanya. aku mahu dia gembira, Ya Allah walaupun bukan kerana aku. Aku mahu dia dicintai dengan selayaknya tidak seperti mana aku mencintainya, dan aku mahu dia ditemukan dengan seseorang yang melihat dirinya bukan dengan pandangan nafsu manusia dan syaitan, tetapi pandangan dari-Mu, Ya Allah."


[be the light, eventhough your own heart is not bright enough]


kalau betul kita sayang pada seseorang, pray for his/her happiness. Doakan dia cepat2 kahwin. bukan doakan yang tak baik seperti minta putus atau apa. tak elok ketawa atas kesedihn orang lain, kan?


#copypaste ~FB PDH

good night note

some advice for me before going to bed.

dear me,

besides that,


although you really wanted to become...their nice eraser.


this is because, sometimes, it's beyond your range.

good night to all of you. 

semoga hari esok lebih baik daripada hari ini.

p/s: doakan kami, esok dah start exam :)


Thursday, June 27, 2013

hipnotiskan diri anda :)

hipnosis for me for today :) husnuzon dengan Allah. insyaAllah Dia sedang memerhatikanku dan memberikan yang terbaik buatku.


Saat anda melakukan SELF TALK dalam hidup setiap hari, anda sudah pun menghipnotis diri anda sendiri. sama ada ianya secara POSITIF, ataupun NEGATIF...semuanya adalah PILIHAN
#copypaste from Master Ray (CH) 

Wednesday, June 26, 2013

without word..it's hurt me

dear me,
tiba2 terasa nak menyendiri. tiba2 rasa nak pergi jauh dari sini. tinggalkan tempat ini buat sementara waktu. hilangkan segala rasa yang aku rasa kan tika ini.

penat lah dengan semua ni. tak tau apa yang dah beban kan hati ni. dah banyak sangat pendam kot. sampai tak terluah. arghh..i really want to cry right now.

i really want somebody right now.

aku rasa bebanan perasaan terhadap abang tu tak memberi kesan sangat sekarang ni. sebab i really want him right now.

maybe sebab benda lain.

maybe sebab perihal yang maybe nampak macam kecil, tapi impact dia boleh mendatangkan kesan yang mendalam sikit bagi aku. orang lain aku tak tau lah.

benda2 remeh pun nak bergaduh. benda2 remeh pun nak dijadikan cerita. masing2 patut sedar diri. tak pun kalau nak menegur, tegurlah dengan cara yang elok.

bukan sindiran dijadikan teguran, bukan kemarahan dijadikan tempat luahan rasa hati.

penat lah dengan semua ni!!!!!!

aku penat tau tak!!!

penat nak melayan kerenah semua orang. penat nak tengok reaksi masing2. kadang2 aku sendiri rasa aku yang macam plastik sangat.

aku nak lari sekejap.

kejap je. nanti aku akan datang balik.

aku pergi tak lama.

aku hanya pergi untuk mencari diri.

untuk mencari ketenangan hati..yang sedang rawan dek semua yang dah terjadi ni.

ya allah...aku mengeluh lagi buat yang kesekian kalinya.

astargfirullah..maafkan segala salah dan silap kami ya rabbi.

sedikit sahaja lagi

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

ya allah. aku mengeluh lagi buat kesekian kali nya. sakit nya. sakit sangat.

sikit je lagi! sikit je lagi..sikit je lagi! aku rasa macam nak meletup je kepala ni.

semalam pun sampai pukul 4 pagi baru nak tidur. ayyoo..

sesak nafas. itu yang aku rasakan sekarang ini. sesak nafas bukan sebab jerebu yang sedang melanda bumi shah alam ni, tapi sebab jerebu dalam hatiku saat ini.

tangan menggigil...

hati merintih...

mata tak mampu lagi menahan tangisan...

yang mungkin akan mengalir bak tsunami..

(HAHAHA...hyperbola sangat!  teruk da aku ini =.=")

sandaran! adakah diri ini hanya dijadikan sebagai sandaran?

peritnya rasa ya rabbi.

rela dipergunakan!

rela disakitkan!

rela serelanya!!!!

smack me! scold me! tell me i'm stupid!

tapi, entah kenapa..aku redha ya allah..pasrah... andai ini suratan takdir yang telah kau tetapkan untukku.

satu lagi perhentian..yang penuh dengan dugaan dan cabaran.

selagi allah kata 'belom', 'not yet'..selagi itulah, jalan yang aku sendiri telah pilih ini, aku harungi dengan pelbagai rempah rasa yang menyedapkan liku2 kehidupan aku.

setiap tangisanku..tangisan batinku, hanya Kau yang mendengar segalanya...

perit!

sakit!

pedih!

perasaan yang tak mampu aku ungkapkan.

selama mana hati mahu menipu akal fikiran?

selama mana akal fikiran mampu memujuk hati yang sudah terluka, ditoreh, dihempas?

sampai bila hati ini boleh bertahan?

sampai bila hati ini rela untuk dihancurkan lagi?

sakit!

itai!

totemo itai desu.

onegai..onegai ya allah. ringankan ujianku untuk kali ini..

Sunday, June 23, 2013

me :)

salam sayang semua.

mungkin ada dalam kalangan pembaca tertanya2.

saya ni hanya selalu merasai detik2 yang mengecewakan ke?

saya ni okey ke?

saya ni memang selalu dikecewakan je ke?

takkan tak ada langsung perkara yang membahagiakan yang pernah saya alami?

:)

di sini, saya ingin jelaskan..

dalam hidup ni..dalam hidup saya, tak semua perkara saya mampu ceritakan pada semua orang.

tak semua orang tahu cerita saya.

saya lebih suka mendiamkan diri..tapi, saya gemar dan seronok menjadi pendegar kepada teman2 saya. tapi, untuk meluahkan apa yang tersirat di hati,

saya memilih hamba allah yang terpilih je untuk menjadi sandaran hati.

tapi juga, ada masanya, tak semua saya ceritakan kepada mereka.

yang seronok saya selalu kongsikan bersama mereka..perkara2 yang menggembirakan saya, yang sering membuatkan saya tertawa, yang sering membuatkan saya rasa seronok dan bahagia.

bagi, the other side of me..part yang sedih, yang kecewa, tak perlulah saya luahkan semua kepada mereka.

sebab tu lah..bagi yang selalu follow dan baca blog saya ni, mungkin kamu akan dapat rasakan hanya kesedihan yang saya ceritakan. kerana hanya kesedihan yang saya pendamkan. bagi saya, senyuman akan saya hadiahkan buat teman2..air mata dan kesedihan, hanya ruang blog dan Allah tempat saya luahkan.

tapi, in reality...i'm happy with my life. saya seorang yang periang, seronok berada di samping teman2 dan keluarga. :)

Tuesday, June 18, 2013

Sedar Diri, Sedar Ruang

konsep "sedar diri, sedar ruang" ni aku belajar masa aku join silat. tapi, sekarang ni, aku bukan nak bercerita pasal silat tu. just terasa, entah kenapa, boleh di-apply-kan ke dalam situasi yang aku mungkin-bakal hadapi.

i called it----------> SELF-DESTRUCTION!!!

sedar diri,
sedar ruang,
sedarlah diri ini hanya seorang teman,
sedarlah ruang yang ada bukan untukku seorang.

dia memang baik, dia memang caring.
kalau aku jatuh, dia akan bangunkan,
kalau aku menangis, dia akan ceriakan,
kalau aku marah, dia akan sejukkan.

dia ada dikala aku memerlukan,
dia akan mencuba untuk memberikan masanya walau sesibuk mana pun dirinya,
dia akan berkongsi apa2 yang baik mahupun buruk,
dia sentiasa ada buat diri ini.

"memang nature dia begitu"

"tak perlulah aku tersalah sangka"

aku terasa macam hati ini terpagut pilu,
aku terasa bagaikan ada luka lama yang bakal berdarah lagi,
aku terasa seperti diri ini dipermainkan oleh hati sendiri,
aku terasa suatu saat nanti ada lagi yang pergi membawa diri.

sedar diri,
sedar ruang,
diri ini bukan untuk dipermainkan,
ruang yang diberikan bukan untuk diuji keteguhan benteng hati.

tapi,
entah mengapa hati ini merelakan,
entah mengapa diri ini membiarkan,
entah mengapa aku izinkan.

hati merelakan untuk disakiti,
diri membiarkan untuk merasai lagi,
aku mengizinkan untuk kepedihan yang bakal tiba suatu saat nanti.

dugaan datang silih berganti,
dia yang paling kurapat buat masa ini,
bakal kujauhkan diri suatu hari nanti,
pabila tiba saat dan masanya,
untuk aku undurkan diri,
daripada semua duka dan nestapa,
yang bakal menghancurkan,
sekeping hati ini,
buat sekian kali nya,
tanpa kau sedar,
tanpa ku pinta.

ringankan ujianMu ini ya Rabbi :'(

Saturday, May 18, 2013

tak terungkap

kenapa wajah kita tak boleh nak menipu?

kenapa nada suara kita sukar untuk menyembunyikan apa yang tersembunyi di hati?

tapi, kenapa ada orang yang mampu sorokkan semua tu..cuma nya, kenapa bukan aku juga?

dia hanya abang aku.. yes, dari dulu lagi aku dapat rasakan perasaan sebagai seorang adik tu. tapi, entah kenapa, sejak ter-rapat balik lately ni..perasaan pelik tu mula memunculkan diri semula.

(sigh~)

kalau dia hanya abang aku, kenapa aku boleh terdetik perasaan cemburu tu?

kalau dia hanya abang aku, kenapa aku perlu rasa kecewa?

kalau dia hanya abang aku, kenapa aku perlu rasa gembira dan diperlukan bila dengan dia?

kenapa? kenapa perasaan lama tu nak timbul balik?

awak, awak kat mana?? awak, selamatkan saya please..awak, saya taknak sayang orang yang salah lagi wak..awak, saya tunggu awak..tapi, mana awak?


kasih dan perasaan yang tak terungkap..

kenapa aku bahagia bila dia berikan perhatian kepada aku?

kenapa aku kecewa bila dia terus pergi tanpa sebarang pamitan, walaupun dia tak perlu lakukan semua tu?

kenapa aku perlu cemburu bila kawan aku rapat dengan dia?

dia kan.......cuma ABANG aku!

dan aku hanyalah.....ADIK dia.

dan kenapa, ada orang boleh nampak perubahan muka aku apabila dirinya menjadi topik perbualan?

BENCI!!! TAK SUKA!!! tak suka~

penatlah macam ni...penat sangat...


Monday, April 29, 2013

"i'm sorry"

saya minta maaf~

i'm sorry~

sumimasen~

biane~

kadang2 ianya hanya perkataan...ataupun sepotong ayat yang mungkin akan membawa maksud yang berlainan bagi setiap orang tu.

hmm..entah kenapa, bila dia minta maaf je, ada satu perasaaan aneh yang timbul. ada senyuman yang terukir. walaupun aku tak pernah terfikir yang aku perlu untuk mendengarnya.

tapi, apa2 pun..aku pilih untuk lupakan semua tu. takut dengan barangkalian yang bakal terjadi.

awak, terima kasih untuk kata maaf tu...tapi, saya dah tak kisah wak. i dont want to care anymore. biarlah apa yang nak jadi nanti..kita tengok la apa yang nak jadi nanti.

...it's just a matter of time. biarlah waktu yang menentukan segalanya. tapi wak, janganlah lambat sangat sampai awak nak fly bulan 11 nanti baru nak jumpa saya.

saya menunggu awak ke??? tak pasti la tu wak. saya buat je apa yang saya rasa nak buat..hee

tadi tv7 ada tayangkan balik cerita Na Tum Jaano Na Hum..Hrithik Roshan yang berlakon..ada la jugak message yang ingin disampaikan...

~kadang2 tu, mencintai tak bermaksud memilikinya

~antara kawan dan cinta, kudahulukan kawanku. kebahagiannya kebahagiaanku juga, walaupun aku yang terluka

~jodoh itu ditangan tuhan. sometimes we just have to leave it to the God to decide

~semua orang akan menemui kebahagiaan yang dicari tu :)

so, kesimpulannya...just wait and see. mungkin juga awak bukan orang yang saya cari2 selama ini..

~LIFE MUST GO ON~

Saturday, April 13, 2013

tak suka!!

sakit tu datang lagi...

perasaan apa pulak kali ni???

abaikan..abaikan semua perasaan terhadap dia tu..abaikan~ :(

jangan diingat..jangan difikirkan langsung..anggaplah bukan dia orang nya..supaya hati ini takkan terus terluka..

tapi,

aku tak mampu tipu diri aku sendiri..ya allah..dugaan ni memang tak akan hilang ke? tabahlah hati..jangan biarkan bayangan wajah dia menakluki hati...

setelah sekian lama tak berborak..walaupun sekejap cuma..

entahlah..aku sendiri tak dapat nak detect perasaan apa pulak yang datang bertandang setelah sekian lama menyepi..

seperti diri dia yang bagaikan chips more..kejap ada..sekejap tak ada..hmmm

yakinlah wahai hati..dia bukan untukku..dan aku bukan untuknya.

hanya wujud definisi 'kawan' je dalam rencah hidup aku dengan dia..tak ada yang lebih..tidak akan terdetik pun akan ada yang lebih antara kitorang.

wahai hati, tolonglah faham..jangan diri ini terluka lagi..luka yang tak berdarah..tapi, sakit nya terasa sekali...

Friday, April 12, 2013

awak ke orang nya?

baru je semalam ber-chit-chat, bertukar2 story dengan akakku sorang tu. let me call her Kak M =)

how are you akak? lama tak jumpa..orang disini selalu teringat akak yang berada di sana =) lagi2 si dia yang sering diusik dengan akak. muka dia yang sentiasa malu2 dan blushing tak payah cerita la. semua orang boleh nampak.

tapi, one day tu..terkeluar statement daripada dia.."dah la korang, jangan la korang usik aku dengan dia lagi dah. dia bukan untuk aku."

aku yang mula2 tak tau cerita, just wondering. kenapa tetiba isu ni terasa makin sensitif???

aku ada tanya ngan akakku, "masa kitorang kenen2-kan akak dengan si dia tu, akak takkan tak rasa apa2? sikit pun tak ada ke?"

akakku jawab, "tipu la cakap tak ada. tapi, wat2 derk je la kan. takkan kita nak lebih2. orang tu tak ada wat move pape pun."

haaa..macam pernah terbaca tak kes yang hampir sama macam ni? sama macam yang aku pernah cerita baru2 ni.

tup2..tau2 je..aku ada dengar satu lagi hot story from my sis. story yang membuatkan si abg tadi tarik diri dan makan hati...

Si Z : "hari tu aku dengar ada orang bertanyakan M"
Si A : "aah, aku pun ada terdengar. kau bila nak wat move??"

dan..malam semalam, aku tanya sendiri daripada tuan empunya diri Kak M.

"apa perasaan akak dekat Mr Y? apa pulak yang akak rasa bila dengan Mr J?"

"akak anggap Mr Y macam kawan je. treat dia macam seorang kawan. tapi, yang Mr J ni pulak, entah la..terasa ada sesuatu. satu perasaan yang lebih daripada perasaan kepada seorang kawan."

"what makes the different kak?"

"kita boleh nampak daripada segi effort dia la. kalau kita nakkan some1, mesti kita akan try untuk please kan hati si dia kan? and, dia akan cuba sehabis baik dia untuk tarik perhatian akak..wat akak jatuh sayang kat dia. sebab kalau kes Mr Y, akak just dengar cerita2 daripada mulut korang2 ni je. effort daripada dia akk tak nampak..."

nampak tak kat sini..kalau kita diberi pilihan..antara si A atau si B..yang mana hati kita betul2 tak terdetik untuk mana2 lagi...mesti kita akan pilih some1 yang cuba attract attention kita. 

"kalau suka, katakan suka..tidaklah diri nya ternanti2"

kalau betul some1 tu sukakan kita, mesti dia akan berusaha untuk try tackle kita kan? dan daripada menyimpan harapan pada seseorang yang tak pasti, kita just perlu hargai kehadiran some1 yang sentiasa ingin berada disisi kita. yang kita selesa berada bersamanya. yang kita boleh menjadi diri kita sendiri bila bersama diri nya. kerana daripada situ, lambat laun..akan ada perasaan yang akan terputik..(apsal lah ayat aku macam ayat novel sangat malam ni?? hahaha)

pape pun..apa2 pun yang aku nak cakap kat sini, 
"the key to succeeding in a relationship is not finding the right person; it's learning to love the person you found"

pape pun lagi...semuanya terletak atas tangan kita gak. dengan erti kata lain, it's up to us to decide..

"remember this always: Allah determines who walks into your life. it's up to you to decide who you let walk away, who you let stay, and who you refuse to let go"

note to myself : maybe kan..i've to learn to let go of the person who i seems to refuse to let go. kadang kala kehadiran diorang tu hanya sebagai rencah dalam hidup kita. tak semestinya kehadiran diorang bermakna he is meant for us.

hargailah sesiapa yang masih sudi berada disisi kita. sebab kadang2 tu kita tak nampak, kita tak realize kehadiran dia. and, if it's too late. kita hanya akan teringat or realize dia..bila dia dah pergi, tiada lagi disisi kita.

tapi ada kes gak, yang mana..kadang2 kena ada orang lain yang tunjukkan or sedarkan kita..sebelum terlambat.

nak dijadikan contoh yang macam ngarut sikit..macam kes semalam. dalam mencari tempat yang sesuai untuk program kitorang tu..punya lah aku ke hujung dunia sana..ke hujung dunia sini semata2 mencari tempat yang sesuai..tapi end up, ada je tempat yang lagi sesuai..tempat tu lagi dekat dengan kita..cuma kita je tak terperasan and terpaksa orang lain yang tunjukkan kat kita. 

p/s: i'm not perfect. so please help me when i've choose a wrong path..or being with a wrong person..hoho. nyte2 =)