JellyPages.com

Sunday, July 7, 2013

coretan hati 10 - HATI

hati ini adalah anugerah daripada illahi,
perasaan ini adalah rencah dalam kehidupan,
tertutuplah hati, tersimpullah hasad & dengki,
terhapuslah perasaan, tiada yang senyum melainkan keterpaksaan.

hati ini sering disakiti,
hati ini sering diracuni,
hancurlah ia di kala kesunyian,
musnahlah ia tanpa diubatkan.

namun, wahai hati,
jangan kau berputus asa lagi,
ujian yang diberikan bukan sekadar menguji,
tetapi bukti kasih sayang illahi.

pernahkah kau terdengar,
tangisan yang hampir tidak kedengaran,
pernahkah kau terhibur,
dek tawa yang hilang kesinaran.

tetapi, duhai hati,
mampukah kau bangkit kembali,
janji tuhan bukan setakat ini,
kerana kau mampulah, kamu diuji.

bangunlah duhai hati,
percayalah dengan dugaan illahi,
kebahagiaanmu bakal kan tiba nanti,
bersabarlah sedetik cuma lagi.

#dikarang pada 5julai2013 #still dalam exam hall #30minit yang terakhir

No comments:

Post a Comment