JellyPages.com

Tuesday, November 9, 2010

C...I...N...T...A

"Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan."



l0ve nEver Fails..

Saturday, October 30, 2010

Mesej Buat Abang

Assalamualaikum abg. Apa khabar abg sekarang? Didi harap abg sihat2 selalu. Lama tak dengar cerita. Lama juga tak hang out lepak sesama. Rindu pulak rasanya kat abg Didi ni...(^_^). Didi rasa macam kita ni da nak menjauh pulak. Didi yang rasa la. Tak tau la firasat Didi ni betul or tak. Silat pun Didi dah tamat. Lepas habis belajar buah serang and ambil buah terakhir tu, tak tahulah bila lagi boleh jumpa abg, boleh lepak2 dengan abg, boleh story2 dekat abg, boleh kutuk2 abg...hehe.

Sebab silat kita jumpa. Sebab silat kita rapat. Sebab silat abg jadi abg angkat Didi...haha. Tapi Didi tak pernah menyesal. Andai satu hari tu nanti kita makin menjauh..dan jauh, Didi tak boleh nak buat apa. Didi mungkin boleh teringatkan abg dari jauh, terindukan abg dari jauh..haha, terkenangkan kenangan dengan abg, abg kutuk Didi, abg pujuk Didi bila Didi down, abg sakat Didi sampai Didi merajuk, abg dengar celoteh mulut Didi ni yang pot pet pot pet tak henti, abg puji Didi...w’pun penuh dengan ayat tersirat. Lambat juga la nak faham apa yang abg cakapkan tu. Lepas fikir and analisa..owww...abg tengah puji Didi time tu...hehe. Sorry la. Ter’slow sikit...ngee. Terima kasih kerana Didi dapat jumpa abg. With your presence, Didi dapat gelak, marah, merajuk, mengutuk orang...senang cerita be myself la. Didi lepas laku bila dengan abg. Sebab Didi tak kisah jadi diri Didi bila berada dengan abg Didi and be your little sis...hehe. But Didi termalu sendiri bila abg ngaku Didi jadi your adik...hehe.

Emm...abg mudah rapat dengan orang. Sebab tu jugak lah abg mudah rapat dengan Didi. Just like what you said to me...abg ni kasanova orangnya. Ha’ah kan...nak percaya sangat lah cakap abg yang selalu merepek tu. Tapi bila fikir balik macam ada je betulnya..huhu. Tak tahu lah tu. As long as abg jadi diri abg bila dengan Didi tu kira da cukuplah tu.

Alih2 selalu Didi je la yang suka mencari orang, mengharapkan perhatian daripada orang, mengharapkan kasih orang dan... Kalau ada lagi tak tahu lah. It’s just what I feel. So, macam kali ni jugak, Didi je la yang selalu mencari dan mendapatkan perhatian daripada abg. W’pun abg just my abg angkat tak boleh ke kadang tu abg cubalah cari Didi pulak. Tanya la adik abg ni sihat ke tak? How’s my study? Huhu...harapan je la. Tapi Didi tengok member tu, selalu dia jugak la yang mencari abg dia tu. Dia kadang miss call ke, then abg dia akan call balik. Hmm...

Didi ni macam dah terlebih dos manja and mengada ek bila dengan abg...huhu. Sorry la ek. Kadang tak plan pun. Bukan kadang, memang tak pernah plan pun. Jadi naturally la. Bila fikir balik...maaf bebanyak la ye, kalau abg rasa rimas ke, malas ke, menyampah ke, rasa macam nak lepuk je ke...hehe.

Abg nak stay away from me ek? Pergilah. Didi tak paksa abg stay pun. W’pun Didi mungkin akan sedih, terluka, terasa hati, terkilan...tapi nak buat macam mana kan. But, no worries. You know me right. Mungkin la nanti, Didi maybe akan jumpa abg lagi. Tapi, bila Didi dah sambung my degree, tak tahulah dapat jumpa abg lagi ke tak. Emm..kenangan tinggal kenangan. Sama je macam orang lain buat kat Didi. Hehe...Didi cuma teringinkan perhatian je. Sedikit kasih sayang. Ambil berat sikit. Jadi la tu. Tak nak banyak pun...huhu.

Emm...terasa macam banyak lagi nak story2 kat abg sebenarnya. Tapi...macam tak berkesempatan je. Tak pe lah tu. Maybe there’ll be another day. Just maybe...I hope. (^_^)v

Puppy Love??

Kenapa ek? Kenapa aku lately ni asik teringat je kat Mr. S tu? Aku terjumpa diary lama aku. And aku baca. Ada story pasal aku ngan Mr. S dalam tu. Story selepas setahun kitorang senyap. Selepas setahun aku tak jumpa dia. Selepas setahun aku kat mrsm tu. Selepas 3 tahun aku cuba untuk melupakan rasa sayang aku tu terhadap dia. Puppy love. My first puppy love. Hmm...

Aku dengar dari Ms. A and Ms. N. Sekarang dia dah pasang lagi satu. Haha... he really can’t live without a girlfriend by his side eh? Tapi kenapa dia cari aku dulu. And kenapa aku rasa macam stupid sangat sebab fall for him for the second of time. Doushite? And then, dia menghilang lagi. Buat kesekian kali nya.

Orang kata, first love memang susah untuk kita lupakan. Sebabnya apa?? Tak ada pulak orang bagitau aku hal tu. My friend cakap, aku tak reti nak belajar daripada kesilapan lampau. Aku akan biar sejarah tu keep on repeating itself walaupun sebenarnya aku boleh control benda tu. And setiap kali benda tu berulang, setiap kali tu jugak la aku akan terluka dan dilukai.

Aku juga tak faham kenapa aku still tak dapt lupakan dia. Dahsyat ek penangan cinta dia tu. Cinta ke?? Or just perasaan sayang dan suka pada kawan berlainan jenis untuk usia sesemuda aku tu. Hmm...aku betul2 tak tahu. I need a psychiatrist!! Haha...tak ada lah. Gurau je. Aku still boleh control myself.

I will cry, but not in front of everyone else. I will smile, and of cause with full of excitement and enjoyment. I want everybody to know that I’m a happy-go-lucky girl, always smile, and always laugh out loud. It’s just that. Sometimes when I see someone like me, I’ll pity him or her. Because I know how he or she would felt, because I feel the same thing too. And again, it’s just sometimes. Not all the time I can sense such unpleasant or avoidance feeling in someone else heart.

Friday, September 17, 2010

My Cousin

Aku pernah dengar pepatah ada mengatakan…”kadang2 bila kita tahu kita pernah sakitkan atau lukakan hati seseorang, we tend to buat2 lupa and anggap banda tu tak pernah terjadi pun.” Alasannya, kita malas la nak ingat and rewind balik tentang apa yang dah jadi dulu. Kita dah berbaik dengan that someone pun kira syukur habis dah sebenarnya. And, that someone pun mungkin la ada perasaan malu ke, ego ke…it’s just that baguslah kalau everything have come back to normal. Alhamdulillah.

Dulu, someone pernah buat aku terluka and tertanya-tanya. Apa salah aku? Kenapa aku tetiba je dilayan macam tu? Padahal sebelum2 ni okey je. Tak pernah gaduh2 pun. Pelik and pada masa yang sama terkilan. Aku dilayan macam dah buat salah yang berat sangat, tapi aku tak di explain what is my fault to you. Dibiar macam tu je. Keliru dan kecewa.

Tapi sekarang. Aku tengok dia dah banyak berubah. Change for good of course. Baguslah. Kadang tu, terfikir gak. Teringin nak tanya dia. Apa yang dah jadi senarnya dulu tu. Seriously I’m 100% clueless. Still wondering sampai sekarang. Pelik sangat. Tapi…entahlah. Takut nanti kitorang gaduh balik kalau aku sibuk2 nak tanya pasal hal tu balik kat dia.

Hampir tiga tahun rasanya. Sejak kejadian pelik yang amat tu. The day before okey je borak2, gelak2. Seminggu lepas tu, entah angin apa yang datang habis tunggang balik semua benda. Pandang pun jeling2, cam nak makan orang kot. Bila tegur tu, huiii…bek tak yah bersemuka. Tengah ready nak sembur je. Tapi dia tahan. Hmm…serius pelik.

Aku ada la try tanya adik dia. Tapi adik dia pun tak tau sangat. Memang jelas lah taufan kesumat dia tu kat aku…depan adik-beradik dia la. Depan parents kitorang tak tau la pula macam mana. Haru jadinya kalu parents kitorang perasan apa yang dah jadi antara kitorang.

So, selama hampir tiga tahun tu la aku memendam rasa. Bila balik kampung je, selalu rasa cuak. Dia tak sembur aku depan2, tapi cara dia layan aku tu buat aku rasa sedih sangat. Obvious kot. Depan orang lain, depan cousin kitorang yang lain. Baik sangat. He just being himself. Tapi depan aku. Allah je la yang faham apa yang aku rasa time tu. Pedihnya ya Allah. Bila terselisih, buat2 tak kenal. Buat2 tak nampak. Bila sorang tu tengah bercakap dengan orang lain, boleh la pulak buat2 pekak.

Pernah kot aku meleleh beberapa kali. Mengenangkan perangai cousin kesayangan aku tu. APA SALAH AKU HAH? KENAPA KAU LAYAN AKU MACAM NI? Rasa macam nak jerit je kat dia, macam nak jerit je kat satu dunia, biar semua orang tahu aku sedang terluka yang amat. Siang malam aku berdoa supaya lembutkan hati dia. Pernah lah juga try2 tegur..hmm..haraam je. Baik tak payah tegur langsung. Lantak kau la. Last2 aku malas nak ambil pusing dah. Suka hati kau lah. Nak benci aku ke. Nak telan aku ke. What eva!!! Hmm…

Ada sekali tu. Time raya kalau tak silap aku. Raya dua tahun lepas. Tahun 2008. Aku dah give up dengan perangai dia yang macam tu. Tapi kewarasan aku masih ada. Rasa persaudaraan aku tu masih ada. Malam tu, malam raya. Dah diumumkan pun esok raya. Memang jadi event yang tak boleh tak buat la dalam family aku bila raya2 ni. Malam tu mesti pakat main mercun ramai2. Semua budak2 keluar rumah main mercun. Bapak2 dan mak2 budak pun join sekaki. Best. Meriah.

Tapi…disebalik kemeriahan tu, ada yang memendam rasa lagi. Aku tak tenang. Aku tengok dia pun sama. Dua2 gelisah. Aku nak approach dia. Nak minta maaf walaupun aku sendiri tak tahu apa salah aku dekat dia. Nak sangat. Tapi malu dan ego aku tinggi melangit. Aku rasa ego dia lagi la dah sampai planet Pluto sana tu. Dua2 kepala batu. Dua2 macam singa. Bagus sangat la tu.

Aku pohon sedikit kekuatan daripadaNya. And…dengan muka tak malunya aku face two face dengan dia minta maaf and minta turn over a new leaf. Tolong la. Aku dah penat. Sangat2. Jangan la gaduh2 lagi. Aku tak tahu aku larat lagi tak nak harung ni lagi. Cukupla. I can see his face. He noded. Tapi dengan muka yang cuba ditahan2 nak senyum. Tahan la ego kau tu. Menyampah gila kot. Tapi, aku malas nak panjang2 kan cerita.

Lepas minta maaf je, aku blah dan join yang lain2 main bunga api. Entah kenapa. Rasa relief sangat. Tenang sangat. Beban perasaan yang aku rasa selama ni dah hilang. Alhamdulillah. Esok raya tu, kitorang dah okey. Tapi still suam2 kuku lagi. Tembok ego dia masih tinggi, walaupun aku dah turunkan ego aku rendah2. Tak pe lah. Asalkan everything is almost back to normal now. Mampu juga aku tersenyum akhirnya.

Kan aku ada cakap sebelum ni yang dia dah banyak berubah. Lagi2 dalam menjaga temper dia tu la. Dengan adik2 dia pun dia dah lembut sikit. Tak de lah macam bapak singa. Tu pun apa yang aku nampak la dan apa yang dia pamerkan. Di sebalik tabir nye aku tak tahu apa2. No komen.

Behind a man, there is always a woman. And vice versa. Baguslah kalau sameone dah ubah dia to change for good. Tu firasat aku la. Yang dia dah berubah because of someone..or something. Now, I’ve get my cousin back. Everything is back to normal. Dah boleh bergurau2, dah boleh buat lawak, and can make fun of ourselves. Mula aku terkejut gak dengan perubahan yang tiba2 tu. Rasa lain. Sebab dah biasa kena bambu je. Ni tetiba. Bila dia buat baik dan ajak bergurau aku jadi pelik jadinya. Rasa macam…entah la. Tak tahu nak express macam mana. Apa2 pun. Aku dah happy sekarang. Bila balik kampung pun, rasa tenang je. Hehe…thanks to Him. He heard my prays. Alhamdulillah. ^_^

Wednesday, July 7, 2010

First night...

   Sebelum sesiapa salah anggap, aku nak clearkan something pasal tajuk post aku kali ni...hehe. Ni bukan malam pertama yang biasa korang semua dengar untuk pengantin2 baru tu. Tapi ni sebenarnya first night untuk latihan silat aku yang dah 2 bulan aku tinggalkan tu. Bukannya apa, latihan silat aku ni ada every tuesday and wednesday night. That's why la aku saje2 je buat tajuk dia "First night". Harap maklum(^_^)

Saturday, July 3, 2010

Bola punya pasal...

   Okay... Malam ni Brazil vs Netherlands. Adik dengan ayah aku semangat nak pergi tengok. Memandangkan kat rumah aku tak ada Astro, so diorang nak pergi tengok kat kedai mamak tu. Ibu aku nak join, aku pun teringin la juga...hehe. Nak juga aku tengok gelagat peminat2 setia bola ni...and nak tengok juga la game tu. Hehe...

Wednesday, June 23, 2010

Coretan Hati 9 - Broken Heart

Segalanya sudah berakhir kini,
Kau dan aku saling menjauhkan diri,
Tiada halangan ataupun alasan lagi,
Perasaan yang hadir terpaksa dihalau pergi.

Coretan Hati 8 - Sekeping Hati Ini

Bila kebenaran ada didepan mata,
Bila kenyataan sebenar diutarakan,
Sekeping hati ini terluka lagi,
Mengapa ini yang harus dirasainya.

Coretan Hati 7

From just a friend,
He now become someone,
Almost everything had turned upside down,
Do not know what else that can be done.

Coretan Hati 6

It is getting difficult for me,
It is hard and hurt,
Had to choose between two person,
That were really closed to me.

Coretan Hati 5

When you are here,
   I can share to you 'bout all my happiness,
   You will know how happy I am.

Coretan Hati 4

Aku hanya tetamu sepi,
Tiba masanya aku akan pergi,
Pergi membawa diri,
Pergi mengubati sekeping hati yang dilukai.

Coretan Hati 3

Orang tua2 kata,
Jangan kita bermain dengan api,
Takut nanti terbakar diri,
Takut nanti merana jiwa dan hati.

Coretan Hati 2

All my days before,
I am happy without you,
Had nothing in my mind,
Nothing about you,
All the sudden you come into my life,
For the thousands of time,
I felt like an idiot.

Coretan Hati 1

We are sincere when we do something that we think right,
But why people around us think the opposite part,
Same to the person that we most care about,
He didn't think like all those people think,
But their thought make he to get shy and avoided,
And lastly make me like someone else from his sight,
And it lead me to doomed and dissatisfied.

Saturday, June 19, 2010

Kimi

"Gudnyte awak...haha." Mesej terakhir Kimi membuatkan aku tersentak. Dah lama dah dia tak panggil aku dengan panggilan tu. Even, masa tetiba dapat mesej masuk daripada dia pun buat aku termangu sekejap.
'Hurmmm...' mengeluh je la aku bila terfikirkan pasal Kimi ni.

Dulu kitorang rapat. Rapat sangat...tapi bukan couple ea!

Friday, June 18, 2010

Kalau kita tiba2 jatuh cinta pada sahabat kita sendiri, perasaan itu jangan kita tunjukkan kerana cinta akan merosakkan nilai sebuah persahabatan yang merupakan anugerah dari Allah...
Jika kita menyukai seseorang...
Kita akan menjadi bayangnya...
Jika kita membenci seseorang...
Kita akan menjadi hakimnya...
Menjadi bayang, mengekori langkah yang dihala...
Menjadi hakim, menilai kelakuan yang salah tatacaranya...
Tetapi bayang tak selalunya mengekori dan hakim tak selalunya benar....

Jadi...fikir2 kan lah...
A thousand word cannot describe my feeling...
A million smile in me can't show my true emotion...
And a glimpse of look can't realise my sorrow vision...
If you love someone, say that you love them today because tomorrow maybe too late...
If you have a friend, say that you appreciate them today because tomorrow maybe too late...
Do what you want to do today because tomorrow maybe too late...
Sesekali tu...bila kau berjalan di depan atau terbang meninggi di langit, sesekali pandanglah ke belakang...pandang sepintas lalu jalan yang kau pernah lalui...jalan yang kau tinggalkan...
When autumn comes, all the leaves will fall and leave behind all the sad stories. When the first ray of the spring arrives, carpet of daisies will shine and rosebud will start to bloom...giving soul a fresh and new hope...to you.
A friend is one that knows you as you are, understands where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow.
I wrote your name in the sand, but the waves washed it away. I wrote your name on a piece of paper, but it got thrown away. I wrote your name in the sky, but the wind blow it away. So, I wrote your name in my heart and that's where it stay.
Pengalaman mendewasakan kita dan mematangkan fikiran. Masa yang berlalu untuk satu pengalaman bukanlah satu pembaziran. Ia satu kaedah pembelajaran.

Lelaki dan Coklat...

Lelaki yang kita suka boleh diibaratkan seperti coklat. And coklat ni ada 3 jenis...

1) Kita suka, kita beli dan kita makan.
   That means, sekalipun kita sayang sangat nak makan coklat tu, kita tahu the purpose of buying it...is to eat it. Untuk memilikinya, tak share dengan orang lain and the chocolate is mine.

Siapa kata menangis tu melemahkan kita?

Kat sini aku nak kongsi sikit pasal bab2 menangis ni. Ni dilihat dari sudut perubatan tau. Aku terjumpa ni kat kawan aku punya facebook. Aku pun baru tau pasal benda ni. Teringin nak share dengan semua... Try la baca...=)

1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan
~ Menangis merupakan kaedah semula jadi untuk mengeluarkan zat-zat kimia yang berbahaya daripada tubuh manusia. Zat-zat kimia ini

Just a Poem...

If you LOVE and miss that person,
then LOVE can come again when you meet again,
just like playing hide and seek...
no matter where it hides or even if you can't see it,
it must be waiting at some place for you,
amid the countless chaos...

Thursday, June 17, 2010

Something to share....

My friend once said... actually kira cam an advice to me la... lagi2 dalam bab2 cintan2 nie...hehe.

Dia ckp..."If you can put aside the feeling for him or take control of your heart, you will shining more without blaming your heart.. when you can control your love, all the dreams can be achive so high... so, don' fall for love..."