Bila kebenaran ada didepan mata,
Bila kenyataan sebenar diutarakan,
Sekeping hati ini terluka lagi,
Mengapa ini yang harus dirasainya.
Hakikat yang sebenar telah lama diketahui,
Namun, sekeping hati ini tidak mahu mengakui,
Lantaran kebenaran terbentang,
Hanya tangisan yang menjadi teman.
Sekeping hati yang degil ini,
Akhirnya menyerah pada takdir Ilahi,
Walau pahit terpaksa ditelan,
Dia hadapi dengan caranya tersendiri.
Sesuatu yang milik orang,
Tak akan dimiliki selamanya,
Patuhlah pada qada' ini,
Walau diiringi dengan air mata.
Nasihatku pada kemudian hari,
Jangan diulanginya lagi,
Takut nanti hati yang dilukai,
Parah sukar untuk diubati.
Terimalah ia sebagai ujian dari Nya,
Yang sempurna bukan milik kita,
Jika teman boleh dijadi ganti,
Syukur, masih ada kesempatan buat diri.
Moga pengalaman lama dilupakan,
Agar sekeping hati ini diubati kembali,
Jangan biarkan ia kembali hanyut,
Supaya ianya ceria kembali.
Wednesday, June 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment