Kat sini aku nak kongsi sikit pasal bab2 menangis ni. Ni dilihat dari sudut perubatan tau. Aku terjumpa ni kat kawan aku punya facebook. Aku pun baru tau pasal benda ni. Teringin nak share dengan semua... Try la baca...=)
1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan
~ Menangis merupakan kaedah semula jadi untuk mengeluarkan zat-zat kimia yang berbahaya daripada tubuh manusia. Zat-zat kimia ini
dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan.
2. Meningkatkan kadar degupan jantung
~ menangis boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi ronga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehinga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.
3. Menghalang penyakit
~ Satu kajian oleh Universiti Temple, Amerika Syarikat kepada 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Hasil kajian mendapati jawapan yang agak mengejutkan. Hampir sumua jawapan pesakit yang menghidap penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang sihat mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi jika dilakukan pada waktu dan untuk tujuan yang sesuai.
4. Membebaskan racun dari badan
~ Athur Frank, seorang ilmuwan Amerika berkata, “ Oleh sebab airmata berfungsi mengeluarkan unsure-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti membiarkan tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun melalui tangisan.”
~ Saintis-saintis dan pakar mata mengatakan air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.
5. Air mata mengandungi 25% Protien
~ Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsure yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia melalui tangisan.
So, conclusionnya...menangis tu elok. tapi jangan selalu la ea... sebab kalau dah melarat-larat sangat tu, still boleh dapat side effect yang buruk juga... apa bad side effect nya tu, aku tak jumpa lagi...hehe. aku pun tertanya2 juga sebenarnya...
Friday, June 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

salam ziarah.
ReplyDeletemenangis sihat sebenarnya.
lebih kepada memberikan ketenangan. :)
jom memeriahkan CDM.
betul...hehe
ReplyDeletep/s: CDM tu apa ek??huhu