So, bermulalah perjalanan aku ke pulau perhentian. memang gaya backpacking habis la. aku naik bas dekat Perhentian Putra ke Kuala Besut. Bas yang aku naik time tu bas Perdana Ekspress dengan kos RM 44 one way. Perjalanan lebih kurang 8 jam jugak la ke kuala besut sebab aku naik bas pukul 9.30malam sampai sebelum subuh around pukul 5.30pagi. Bas stop ada la 2 kali..tapi yang lama dekat R&R Gua Musang dalam 45 minit.
aku dengan 2 orang member lagi (yang dari KL ni)..dalam mamai2 tu cari surau berdekatan untuk solat subuh. lepas tu, kami terus ke jeti untuk breakfast dan berkumpul dengan member kitorang yang lain. dari KL 5 orang, dari terengganu 4 orang, dari kelantan 5 orang. cukup buat geng bas sekolah..haha.
trip leader kitorang dah siap deal dengan orang kat kuala besut ni. kitorang ambil pakej penginapan + boat return + snorkeling utk 3H2M hanya RM175/orang dengan Sealife Travel & Tours Service. asalnya pakej kitorang tu RM265 termasuk makan untuk 3hari kat sana plus BBQ, tapi akak kat Sealife tu kata, since kitorang akan stay dekat Kg Nelayan, so tak perlulah ambil pakej makanan sekali..sebab makanan kat Kg Nelayan tu kira murah la. Tempat penginapan dekat Kg Nelayan under Sealife Service tu sangat selesa. Sebab kami ramai 14 orang, kami dapat 2 bilik. bilik kat sana sangat luas dengan 5 katil queen, 2 toilet, kipas dan aircond. Selesa la..siyes..hehe.
(Gambar atas) Macam ni la gambar bilik dia. bilik kitorang untuk 10 orang punya..so boleh bayang la ye ada 5 katil queen dalam 1 bilik tu..hehe.
(Gambar bawah) Ni gambar tempat kitorang stay. bilik kat tingkat 2 dan 3 tu..
okey..cukup pasal bilik dia..hehe.
FIRST DAY...
sebelum nak naik bot, kena beli tiket marine dulu. RM 5 je..tapi yang ni tak termasuk dalam pakej tau..hehe.
sampai kat pulau je, kitorang relax jap dan usha tempat tu. since aktiviti kitorang start esok hari nye, kitorang decide nak sewa boat untuk pergi bubu island dan long beach. ni kira macam aktiviti tambahan kitorang kat sini la..sebab baru sampai tak kan nak memerap dalam bilik kan..hehe. kalau nak mandi laut depan bilik tu pun..huhu..tak berani den..yang cetek 'sikit' ada batu2 laut..yang clear, air dia..dalam bai..mampu tengok je. sebab ada nelayan tu baru sejengkal masuk air..terus paras dada..haha.
since kitorang dengan pakej sealife, kitorang call la boat man tadi, dan nego punya nego..dapat la boat return ke long beach tu RM20. harga dia, pergi RM10, balik RM 10 if korang balik waktu siang la. tapi, kitorang nak stay kat long beach sampai malam sebab nak tengok fire show, patutnya kena charge RM15 la untuk balik..tapi kitorang kena charge RM20 je return..hehe.
abang boat tu drop kitorang kat bubu island, then kitorang kena jungle trekking 'sikit' ke long beach. air laut kat bubu island tersangatlah jernih dan cantik. dekat bubu island tu ada tangga lama nak ke kincir angin kat atas bukit tu. so, kena mendaki sikit la. tapi just nak cerita la kan..sebabkan view kat sana cantik giler, baru 3 anak tangga stop tangkap gambar. naik beberapa anak tangga lagi tangkap gambar..haha.. air mineral dan roti or makanan ringan lain memang korang kena bawa. buat bekal otw ke long beach masa tengah jungle trekking tu.
aku rasa la kan..ada dalam sejam juga kot kitorang mendaki tangga dan berjungle trekking tu. yang lama sebab berposing di sepanjang anak tangga tu..haha. lepas tu, bila dah sampai je kat long beach, masa untuk TERJUN laut..hehe. kitorang pergi ke port bawah jeti kat situ. snorkel tengok anak2 ikan..hehe. yang lain lepak makan roti tepi pantai dulu. best!!
lepas tu, rasa macam da kebulur tu..haha, kitorang pergi makan kat kedai makan tepi pantai. kedai makan banyak kat tepi pantai tu. harga dia standard untuk tourist la. makanan + air adalah RM12 ke atas. lepas kenyang ingat nak lepak tepi pantai, baring kat kerusi pantai tengok langit, tengok bintang..hehe. alih2..awan dah lain macam dan ada tanda2 nak hujan. niat nak tunggu fire show terus cancel. takut pula mengenangkan kena redah laut bergelora if betul hujan lebat nanti..huhu. kg nelayan tu boleh ada la dalam 10 minit juga jarak dia by boat.
semua memang da susah hati, ok tak semua, segelintir je..sebab segelintir lagi member aku memang rela nak tunggu fire show walaupun laut da start berombak lain macam. dan tengah laut tu memang tak ada lampu ye..huhu. so, member aku sorang yang ada nombor abg boat tadi, da call abg boat tu untuk pick up kitorang balik ke kg nelayan. boat besar memang tak boleh redah laut da. dan boleh cakap abg2 boat tu pun takut nak bawa boat bila cuaca macam tu sebab pernah ada kes boat terbalik.
dalam kepala otak aku dah fikir lain..huhu. to the worst, boat boleh terbalik di tengah laut yang gelap gelita..MINTA DIJAUHKAN!! huhu. so, nasib baik la brader boat sorang ni datang pick up kitorang. tapi dia naik speed boat kecik, so kena ada dua trip. dengan safety jaket tak cukup, memang bismillah tawakal to allah je malam tu. safety jaket aku member aku sorang dah kebas, so aku just pegang member yang duduk sebelah dengan aku kuat giler. memang boleh rasa la aku dengan dia tengah ketakutan..siapa yang tak cuak weyh!!
dalam hati memang aku berdoa selamat sampai je. laut memang bergelora..tapi tak hujan lagi..huhu. tak tahu kenapa, perjalanan tu memang terasa jauh sangat. bila la nak sampai, bila la nak nampak kg nelayan..huhu. dengan keadaan tangah laut yang gelap..siyes la..jantung aku berdegup lagi laju dari speedboat tu..haha. ok..tu hiperbola.
apa2 pun..sampai je pantai kat kg nelayan tu, siyes rasa syukur sangat2. lega giler kitorang dah selamat jejak ke darat balik. balik bilik, mandi, tukar baju kering, tidur. semua memang kepenatan. alhamdulillah member kitorang yang ambil second trip tu selamat sampai dan diorang sempat la tengok fire show tu. for me, lagi cepat balik bilik, lagi better. sebab aku memang dah tak fikir apa dah pasal fire show tu..huhu.
SECOND DAY...
the next day, hari yang ditunggu2. kami akan bersnorkeling whole day. yeay!! hehe. pagi2 lepas subuh, aku terus lepak luar. niat nak tangkap gambar sunrise, tapi bilik aku menghadap bukit, so dapat tengok matahari naik disebalik bukit je. ok la..hehe. settle breakfast, pakai swimming suit semalam, turun ke feri dan lets snorkeling!! :)
ada 5 tempat snorkeling semuanya. first, kitorang snorkeling kat tepi pulau dulu. TURTLE BAY (FOR WATER CONFIDENT SESSION). air dia dalam kedalaman 3meter. ni tempat untuk testing ber-snorkeling bagi yang first-timers tu. air memang jernih..ikan banyak..memang sampai terus terjun..hehe.
lepas tu ke tempat yang ke-2, TURTLE BEACH. sampai je kat point tu, ada sekor penyu elok je menyelam ke dasar laut. point yang kitorang snorkel tu xsilap aku dalam dia hampir 6-7 meter. bila snorkel nampak la dia kat dasar laut tu. maybe sebab orang dah semakin ramai, so dia pun ke dasar. besar weyh penyu tu. excited!!hehe.
ok..lepas tu, kitorang break untuk sembahyang dan lunch sekali. so, kitorang ke kg nelayan semula dan sejam setengah selepas tu kumpul kat jeti semula.
agak2 semua dah ok, kitorang bergerak ke tempat ke-3, SHARK POINT. time kitorang pergi tu dalam bulan 9 or 10..waktu ni shark semua memang tengah takde. mak shark bawa lari anak2 dia yang baru lahir ke tempat lain dulu. entah kenapa aku syukur takde shark waktu aku pergi tu..haha. tapi dekat shark point ni banyak gamat. so boleh la main pegang2 dengan gamat tu..hehe.
then, ke tempat yang ke-4, THE LIGHTHOUSE CORAL REEF. kat sini ada lighthouse yang korang boleh panjat dan terjun ke dalam laut..hahaha. alang2 dah sampai memang korang kena try. tapi, ada member aku dan aku (haha) yang agak gayat dan cuak untuk terjun, ambil masa juga la bertenggek atas lighthouse tu. sampaikan abg boat A.K.A cameraman for the day naik lenguh pegang camera untuk snap best shot time tengah lompat tu..huhu. member2 aku ada yang dah terjun, naik sekali lagi, dan terjun lagi. tapi, untuk aku, cukup la sekali je..warghhh..dalam juga weyh ko jatuh, walaupun kau pakai safety jaket.
nak mention la juga, dekat lighthouse coral reef ni, arus laut dia agak kuat la. sebab tengah laut dan arus laut tu akan menarik korang ke tengah tengah laut..kitorang yang tengah seronok bersnorkeling ni..sebab coral reef kat dasar laut sangat cantik..siyes la tak perasan yang kitorang da ditarik jauh dari lighthouse tempat abg boat tu tambat boat diorang. kitorang perasan pun lepas abg boat kitorang bawa boat ke arah kitorang dan dia cakap, "macam mana korang boleh berenang jauh sangat?" jauh?? giler laaa..memang dah jauh giler dari lighthouse tu..huhu
nasib baik time tu ada 2 grup lagi kat point tu, dan abg2 boat dan penyelamat2 lain tarik la kitorang ni ke boat balik. nak berenang ke sana pun, walaupun aku pakai fins tu, korang akan rasa macam korang berenang setempat..huhu.
ramai juga member aku, kena tarik dengan abg penyelam ke boat. sampaikan aku punya snorkel boleh terjatuh ke dasar laut yang dalam tu, brader tu boleh dive dan kutip balik..huhu. dia tanya macam mana boleh jatuh, aku pun tak tau..pin dia terbuka..huhu.
ok. settle kat lighthouse, kitorang ke tempat yang ke-5, ROMANTIC BEACH. kat sini korang nak cari ikan nemo memang banyak. coral dia semua cantik2. if korang bawa roti, boleh la bergambar dengan ikan2 sekeliling korang..hehe. memang kat sini, sesi bergambar dalam air. korang pose la apa gaya sekali pun, cameraman tu steady je..haha. kalau korang stay lama sikit kat sini, betul menghadap romantic beach ni, korang boleh tengok sunset. tapi, sebab abg boat tu tak solat asar lagi, (kitorang dah solat jamak..hehe), marilah kita pulang ke bilik semula. aku dapat merasa macam mana nak drive boat tu. best3!! hehe.abg tu relax je kat sebelah. not bad for me. pesan dia senang je. "laut tu luas. so bawa jangan sampai berlaga dengan boat lain"...hahaha.
sampai kat kg nelayan je, kitorang terus naik bilik, mandi, tukar baju, solat dan ready untuk keluar dinner. walaupun time tu rasa macam nak tumbang je. jalan pun dah terhuyung-hayang, tapi perut yang kelaparan ni kena isi juga. so lepak makan kat kedai makan bawah tu, tengah tunggu order, brader boat kitorang tadi datang lepak dan borak kat meja kitorang. dia ajak kitorang snorkeling lagi esok. tapi ni for free. sebab esok tu dah hari isnin, dan orang memang da ramai balik tadi. dia pun takde apa nak buat, dan grup kitorang ni semua excited sebab mostly first time snorkeling, so dia ajak la..haha.
kalau tanya aku time tu, aku memang akan jawab tak tahu. tengok la esok macam mana. sebab memang da kepenatan giler da ni. tak boleh nak fikir untuk esok da. apa2 pun member aku ada yang cakap ok. tapi aku, i need some sleep first. so, habis makan, naik bilik...tidur. kepenatan weyh seharian snorkeling.
p/s : aku lupa nak mention, diorang memang ada sediakan serice tangkap gambar masa snorkeling wholeday tu. memang ada camera waterproof. 1 CD = RM 20. so, bila da share ramai2 memang berbaloi la beli. beli 1 CD, then share kat grup korang. tak pun, next time pergi travel mana2 bawa pendrive. lagi senang.
THIRD DAY...
lepas subuh, aku baring balik. bukan aku je..semua member dalam bilik aku tidur balik. penat semalam tak habis lagi weyh..pastu sejam selepas tu, member bilik satu lagi serbu bilik kitorang ajak snorkeling. lepas dorang dah pujuk..last day kot. tengah hari tu nak balik dah..tengah baring tu, aku terus celik mata. ye laa..dah re-energised dah..haha. bateri da full semula. aku, bangun..well, semua bangun dan terus siap2..hehe.
last day kot. dapat snorkeling free pulak..so, brader boat tu bawa kitorang ke port lain..dan kitorang snorkel kat situ pulak. cantik weyh kat situ. aku tak ingat apa nama tempat tu. brader tu siap cakap, kalau korang bertuah dapat la jumpa jerung..what the!!!huhuhu
well..aku cukup bertuah aku TAK jumpa shark time snorkeling tu..huhu. tapi, masa tengah enjoy tengok coral, tengok ikan, aku usha juga ke tengah laut dari dalam air tu, dup dap..dup dap jantung aku. mau nye nampak sekor jerung, aku tak tau la apa reaksi aku nanti..hahaha. so, sebelum aku makin jauh, aku cepat2 swim ke pantai balik..huhu.
then, da nak tengah hari, time nak check out da nak dekat. berat je nak balik bilik. sampai bilik. start packing. lunch kejap. then, naik boat ke jeti kuala besut dan sayonara ke pulau perhentian. sampai jeti, kitorang shopping souvenir sikit dan kitorang semua berpisah dan balik ke rumah masing2.
apa2 pun thank you so much kepada brader boat kitorang yang sangat sporting dan Sealife Travel & Tours sebab trip kitorang ke Pulau Perhentian ni memang aku sangat puas hati. thumbs up!!!
okeyh..meh aku listkan expenses aku sepanjang trip aku ke pulau perhentian ni.
FIRST DAY
LRT return = RM 5.60
tiket bas return (dari KL) = RM 88
breakfast first day = RM 6.50
Marine tiket = RM 5
Pakej penginapan 3H2M + snorkeling + boat return = RM 175
lunch first day = RM 6
boat return to bubu island dan long beach = RM 20
dinner first day @ long beach = RM 12
SECOND DAY
lunch 2nd day = RM 4.50
dinner 2nd day = RM 10
THIRD DAY
brunch 3rd day = RM 7
dinner 3rd day = RM 8 + RM 3.50
t-shirt = RM 50
souvenir fridge magnet = RM 8
TOTAL EXPENSES = RM 409.10
pp/s : sebenarnya aku baru je siapkan entry ni..dan kalau korang perasan aku ada mention yang aku pergi around bulan 9 or 10 tahun 2014. so, abaikan perubahan masa yang agak lama tu ye..haha
ppp/s : lupa pula nak include sekali nombor telefon sealife untuk pulau perhentian ni.
kak amy - 014-507 3564
H.A.P.P.Y H.O.L.I.D.A.Y SEMUA :)






