JellyPages.com

Monday, November 18, 2013

langkawi - 2nd day

okeyh..2nd day.

bangun pagi2..turun breakfast. terus get ready nak ber-snorkeling pulak. yeay!!! itulah aktiviti yang ditunggu2 sebenarnye..hehe. kitorang snorkeling kat Pulau Payar..seronok giler kot.. tapi, mula tu..nak menyampai kat pulau tu kena naik bot dulu la..hehe.

siyesla sangat2 enjoy walaupun mula2 tu aku kelam kabut jugak la nak try bernafas pakai snorkeling goggle tu. tapi, lepas dah dapat rentak dia, apa lagi..

swim and swim like the ocean is mine la..hehe. alaa...macam dalam citer nemo tu..dorry cakap, "just keep swimming3..lalalala.."hehe.

lunch disediakan kat sana..lepas lunch turun snorkel balik kat next spot place pulak..dekat tengah laut tu diorang ada buat platform khas. kat situ view kat bawah dia lagi cantik and lagi dalam..huk3.

nak menyampai kat situ, kalau yang cuak sebab 1st time macam aku ni, pegang tali tarik badan ke sana je la..itu pun..huk3..berenang je laaa sambil snorkel tengok bawah..dalam giler kat bawah tu..tapi, at the same time..cantik giler view dia..hehe. subhanallah..cantik sangat!!

aku aci2 cuak berani je. tapi sangat cantik view kat bawah tu. siyes laa..siapa2 yang berpeluang pergi tu, pergi laa..siyes tak rugi. kalau ada kamera bawah air tu da lama da nak tangkap gambar..cantik sangat.

tapi, tengok gambar dengan tengok sendiri, rasa sendiri tersangatlah lain rasa dia. it's super awesome..love the sea..yeay!! hehe.

lepas balik snorkel, terjun kolam lagi laa...apa barang pergi bercuti tapi tido dalam bilik je kan..memang tak sedar penat betul aku kan..hehe.

haaa..lupa nak citer..aku jumpa shark weyh!! tapi, baby dia je la..tak takut tak berani sangat gak la..huhu. asal tak ada darah dorang jinak2 bak merpati gitu..hehe.

tak lupa gak nak citer..kat dalam laut tu ada penjaga tau. "guardian of the coral" hehe. korang sebenarnya boleh swim ngan snorkel je kat dalam air tu. once korang jejak kaki je kat bawah, ade sejenis ikan ni akan gigit2 cuit2 kaki korang. korang angkat kaki je dia relax. setiap tempat ada ikan tu kot. kaler dia hijau2 kuning pink camtu. nice..takde darah pun..tapi, terjerit2 jugak la masa kena cuuit nan the guardian of coral tu..hehe. bila dengar je ada yang terjerit2 tetiba tu..tu la sebab nye..pastu gelak ramai2.. pengalaman yang sangat susah nak dapat wooo..hee.. superb!!

No comments:

Post a Comment