JellyPages.com

Tuesday, September 6, 2011

raYe daTang Lagi

salam lebaran semua...hehe
da seminggu berlalu masa cuti raya hari tu...and da macam2 yang da jadi...that's life.

start dengan 2 hari sebelum raya..aku still dekat rumah lagi time tu. tengah sapu2 rumah, bersihkan rumah, buat pape yang patut la..sebab esok tu kitorang da nak balik raya kat kampung pulak.

hurmmm...tahun ni punya raya tak macam raya2 sebelum ni. baju raya baru takde, kuih raya pun tak buat. macam2 masalah datang sebelum nak raya tahun ni...so, tu ujian dari DIA tu..takpe2..asalkan aku satu family faham and ceria...it's okey.

otw nak balik kampung opah aku...takde apa pun yang jadi. aku satu keluarga selamat sampai kat kampung dengan selamat...alhamdulillah. pastu...apa lagi ek? macam biasa la..hari2 terakhir bulan ramadhan tu semua sibuk nak masak rendang, masak lemang, dan masak segala makanan yang diorang nak masak la..haha.
tapi kan...aku perasan, masa opah, atuk, ibu, ayah n my pakcik and makcik nga masak kat luar rumah tu, boleh plak aku main monopoly ngan adik2 sedara aku..hehe.seronok!! bertuah punya anak dara...hahaha.tapi lepas tu, aku turun la dapur tolong pape yang patut. ada la tolong opah perah santan, tolong blend cili, dll...haha.

malam tu, aku ada mesej kat semua orang yang aku kenal..nak wish raya la. (ehh2..takde r semua, yang aku terasa nak hantar je..hehe). aku ada hantar dekat Mr.A jugak...and Mr.A reply...juz "slamat hri rye"..tu je. tapi, kengkawan yang lain2 semua nya reply panjang2. time tu..aku da decide da snarnye. and bila Mr.A reply camtu pun...hati aku lagi strong cakap...'lupakan dia, lepaskan dia pergi'...and...

i let him go...from my heart...becoz he actually belonged to someone else...and i should not keep on hoping ryte?haha. what a life... my heart still ache, but terasa beban perasaan yang tergalas selama ni...flew away with the wind..hmm :)

okey..enough of that. it's history anyway...hehe. malam first day raya tu, hati aku takde pun kat kampung tu..tak tau da hilang ke mana. aku dapat rasakan cam...jasad aku je yang ada kat situ...but my spirit had gone somewhere else..huu. entah...takde semangat raya sangat tahun ni..sebab aku da besar ke??haha. tak tau la tu.

tapi kan, esok tu..raya kedua, masa nak balik kampung nenek pulak, giler semangat kot. cam tak sabar je nak gi saner..hehe. tapiiii..bila sampai2 je..semua orang takde. diorang otw g raye kat rumah sedara nenek..hummm...pastu..baru je separuh siap bawa beg baju masuk rumah..ada orang datang raya pulakk..huhu. jadi anak dara contoh r sekejap..buat air, hidang kuih...haha. pastu selongkar satu dapur apa lagi makanan yang ada untuk dihidang...huhu. nape la nenek takde time ni. dorang datang nak jumpa nenek...lepas da hidang semua..terus menyorok kat ruang tamu depan tv...hahaha. nasib la ayah melayan diorang sekejap..hehe

tunggu..punya tunggu..sampai ke malam baru diorang sampai..huhu. mercun pun da sekotak diorang habiskan masa first day raya...huhu...sampai hati! nak main mercun gak! apa la nasib..kesian kat adik2 aku la...semua orang kempunan nak main.. malam tu kitorang semua gi raya rumah mak long aku..dekat je ngan rumah nenek..5 minit da sampai...aku pulak yang seronok main ngan anak2 sedara aku tu...men tutup botol..haha. juara woo masa kecik2 dulu...habis diorang aku balun..last2 semua surrender..kih3...seronok...

esok tu pulak, gi mandi sungai plus bbq ramai2...giler seronok! kitorang mandi2...main2 air, pakcik and ayah aku bakar sosej, mushroom, fishball, ketam...perghhh..sedapp makan masa lapar2 tu. keluar air je makan..pastu masuk air balik..hehe. cousin semua ada..hehe. my cousin, iwan pun ada gak. sempat la bergurau sikit2..tapi, ada banyak yang tak terluah sebenarnye.
macam mana nak start ek? ke jangan tanya terus, sebab takut gadoh balik...ishh..tak tau r. dalam hati ni rasa tak bez je. hati ni tak puas hati..hati ni inginkan penjelasan...aku berhak tau kan? dalam tempoh tiga tahun dulu tu, apa sebenarnye yang da jadi...huhu.

masa kat kampung nenek, banyak kali gak la. aku pandang je dia...tapi satu perkataan pun tak terkeluar. aku taknak hilang dia lagi macam dulu, tapi aku nak tau!!! salah ke?huhu. aku takut...aku teringin nak borak panjang dengan dia..but i dont know when is the right time..hummm. sampai sekarang kot hati aku tak pernah tenang...ya Allah...tabahkan hati aku.

banyak lagi nak cerita snarnye..tapi, kita sambung len kali je la ye...hehe

Friday, August 26, 2011

up-side-down

kenapa macam tu?

kenapa macam ni?

kenapa dia jadi macam tu?

kenapa aku boleh ada perasaan ni pulak?

kenapa kau tak boleh pilih salah satu je?

kenapa kau dah menghilang?

dan...kenapa aku boleh ada masa untuk memikirkan semua perkara yang boleh menyerabutkan kepala and fikiran aku? haishhh...i've to tune myself back..haha
aku ada tanya kawan aku...
dia cakap...dekat Mr. S aku sayang. pada Mr. A aku rindu. kat adik H aku keliru...

so, sebenarnye..segala persoalan aku yang kat atas tu..and yang tak tertaip tu...ditujukan khas untuk 3 orang ni...

pasal Mr.S aku da pernah bukak cerita da sebelum ni...puppy love story. tentang Mr.A pun sama...camping site punya cerita. tapi, pasal dilema hati dan perasaan adik H ni..cerita yang baru.

haiiii...setiap semester ada je masalah. tapi, aku takde cari masalah dengan orang lain pun...kenapa masalah datang kat aku? (apa punya persolan la kan? astarghfirullah...semua tu ujian...hurmmm)

pasal adik H ni..malas nak cerita sangat...sebab kadang2 lebih baik tak payah cerita..so that, kita tak recall benda tu kat orang lain. bila orang lain tak tahu..and last2 kita pun lupa...tak kan ada sesiapa yang akan ingatkan balik pasal benda ni kan? so, kira nye..kita play safe la..(ye ke??)

key..camni la. dipendekkan cerita. actions speak louder than words kan? so, your action has spoken. and i'm bukan jenis yang nak merampas hak orang lain. or, kalau you have fall to my own friend..then, of coz la i'll raise the white flag kan. tipu la kalau you cakap you need both..because, if you do, you'll lose both in the future. so, since you, yourself can't read your own body language...then i'll go. slowly...make it look normal. and then...appear to be nothing had happen to you. because i cant bare the pain anymore. that's why i surrender and don't want to get involve anymore.

luahan hati yang dah kelam kabut..and terabur..and tak tersusun...and up-side-down...aigooo

GIVE ME A BREAK!!!

takpe2...cuti raya ni..kita enjoy puas2...

dengan ini..saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi ni...and tak lupa juga...selamat menyambut hari raya aidilfitri...maaf zahir dan batin saya ucapkan...

Saturday, August 20, 2011

Mengenali dirimu...

Pejam celik..pejam celik, dah hampir 5 bulan kita tak bersua. kau sihat? aku teringin nak tanya, teringin nak call kau lagi. teringin nak berbual dengan kau. senang cerita..aku rindu sangat2 dekat kau.
tapi, aku tahu boundaries antara kita. sebab tu aku sabar dan redha je dengan apa yang dah jadi.

Aku start kenal kau masa kita pergi camping sama2 kt pahang bulan februari lepas. dua2 outsiders. dua2 strangers. aku tak kenal kau. kau of course la tak kenal aku. camping selama 3 hari 2 malam tu, dah ajar aku macam2 and aku da dapat macam2 experience.

Start dengan malam pertama camping. malam tu kita semua kena bahagikan kumpulan. aku dengan kumpulan aku, kau dengan kumpulan kau. time tu kita still lagi strangers. lepas tu, disebabkan kat kumpulan aku short of boys, abg fesi tu mintak someone dari your group join my group. and masa tu, kau yang volunteer join group aku. masa tu kita still lagi outsiders.

Start dengan hari kedua camping, kita okey2 je. act normal as one group. group yang paling semangat aku rasa. and, masa aktiviti larian berhalangan tu, ada satu pit stop tu, kau hulurkan tangan kau untuk tolong aku naik.tempat tu agak tinggi. tapi, as always, aku tak pernah terima pertolongan yang macam tu...sampai aku kena pegang lelaki bukan mahram aku la. so, aku buat bodoh je kat kau, and aku tarik badan aku naik sendiri. time tu, aku tak perasan perubahan muka kau time tu. kejam kan aku. sori. lepas pikir2 balik, terasa bersalah plak buat kau camtu, at least aku boleh tolak dengan baik kan? maaf ye.tapi, lepas habis larian obstacles tu, aku tengok kau dah okey je. so, aku anggap tak de pape la kot..hehe.

Malam tu, abg2 fesi ni..nak turunkan mood kita. so, diorang cerita pasal parents kita. almaklumla, kalau student=jauh daripada family=cerita pasal mak ayah sikit mesti boleh meleleh..huhu. tapi itulah hakikatnya. takpe2...diorang nak kita muhasabah diri. walau camner pun aku nk try act strong..basah juga la lengan baju aku kesat air mata. sambil2 tu, aku tengok sekeliling gak. tengok reaksi orang len. aku ternampak kau. lelaki len ada gak la yang tertumpas, meleleh gak la aku tengok. tapi, reaksi kau lain sikit...yang membuatkan aku terus memerhati. you are covering your face with your snow cap, but you are not crying. hurmm...pelik sikit.

then, ada supper break for 1/2 hour. aku tak teringin nak minum, so aku duduk borak2 je dengan my friends. but then, aku nampak kau lagi...and you are calling someone. time tu..aku malas la nak kisah sangat. in my thoughts, maybe you are calling your parents...or your girlfriend. dah habis break, kita masuk dewan tu balik. this time duduk dalam group pulak, sebab kita nak buat aktiviti dalam group. masa duduk dalam group tu, aku perasan kau dah lain macam. reaksi kau, ekspresi muka kau pun lain macam. mana tak nye, dalam dua hari yang aku kenal kau ni, kau happy-go-lucky-mesra-alam-guy, tapi malam ni, perubahan muka kau tu nampak sangat kot...pada aku la. so, aku try tanya slow2. and, somehow, kau start bercerita kat aku. seronok bila dapat kepercayaan orang luar...hehe. maybe, sejak tu la...kita mula rapat.

esok pagi2 buta tu, dalam pukul 9 pagi, yang mana air sungai dia giler sejuk, kita semua kena denda rendam dalam tu. WHAT!!! It's freezing cold. giler gigil kot aku. makkk...tak tahan. serius aku memang berdarah panas yang tulen..tak tahan sejuk langsung..haha. (ada kaitan ke?? aku tahu aku dah salah teori ni..huhu). and luckily kita group first yang dapat keluar dari air yang giler sejuk tu. dah la siap berkabus lagi pagi tu..mana tak nye. keluar2 je..memang aku still gigil none stop, and masa tu la..you came to the rescue dengan teori pelik kau. kau suruh semua orang dalam group kita rub our hands to make some heat and then..kononnye la pas kat aku heat tu dengan tangan korang menghadap ke aku...haha. time tu seriously aku terasa nak gelak je. korang semua sangat comel bila buat tu...haha. aku tak tahu mana kau dapat, tapi, somehow, terharu la...sikit je..hehe.

lepas tu, kita buat rakit sama2. aku terasa rapat sangat dengan kau time tu. dengan member group lain, takde pun camtu. pastu bila aku naik rakit tu dengan member yang lain, kau taknak join, cuma kau ada marah aku bila aku tak jaga rakit tu betul2...hehe. tu la...last aktiviti kita dalam group. lepas habis ni, kita siap2 packing...da nak balik da.

ehh...aku ada teringat satu scene ni. time tu, baru aku tau..rupa2 nye kau ni pun smoker gak ek..cehh. masa tu, tetiba kau mintak sebatang dari member kau, aku apa lagi, dengar je terus pusing 180degree pandang kau dengan rasa tak percaya. aku cakap straight je..aku tak suka. and after that you hilang dari my sight. mana kau menyorok pun aku tak tahu. tapi kau ada cakap, sebab kau hormat member, kau pergi tempat lain..(thank you sebab tak smoking depan aku).

masa nak balik tu, kita satu bas. tapi, time tu, semua orang dah penat. kau and aku terus mengasingkan diri. before seperate, sempat la tukar2 nombor dengan member yang lain. and then, i think this will be the last day i've seen you...

rupa2nya tak..sebab 3 minggu selepas tu, kita terjumpa balik. and since then, kita start rapat balik. sharing stories..exchanging stories. kau caring, good in advising me. bila kau rasa benda tu funny, you'll laugh, but when you know that it's not right, kau akan tegur aku. i really apreciate that.

tapi, dalam aku mula rapat dengan kau tu...aku terlupa satu perkara. sesuatu yang bukan milik kita..kita tak seharusnya memilikinya kan? alamak! terlajak la pulak. nak reverse balik da tak boleh. so, sejak kita dah menjauh balik, seriously aku betul2 rasa kehilangan. setia pada yang satu key. maybe, this is the best. kalau aku jadi your gurl pun, semestinya aku tak nak perempuan lain rapat dengan my boy...tak pe la. semua yang jadi tu, ada hikmah nya. and aku tak pernah rasa menyesal sebab pernah kenal kau.



" betapa perit kurasa,
menyukai dirimu wahai teman teristimewa,
menyelami dirimu yang penuh persamaannya,
sedangkan kutahu kau sudah berpunya.

chemistry yang terjadi,
kesenangan yang kurasai,
ketenangan yang kudapati,
tika bersamamu amat berlainan sekali.

terhiburku dengan tingkah manjamu,
terpakuku dengan kerasionalmu,
terkeduku dengan ketegasanmu,
tersentuhku dengan keperihatinanmu.

namun,
terima kasih wahai sahabat,
adaku disisimu,
selagi kau perlukan kehadiranku,
tapi,
andai tiba suatu hari nanti,
persahabatn ini terputus sendiri,
akanku redha pada qada' yang terjadi.

kau, takkan sesekali kulupai.
terima kasih sahabat,
terima kasih teman."

Sunday, June 12, 2011

Olaa...

Pejam celik, pejam celik..rupa2nya dah 4 sem aku belajar kat UiTM Puncak Perdana ni. My last sem. Baru je start dalam 2 minggu lepas. and selama 4 sem ni, macam2 sketsa kehidupan aku yang da berlaku. drama yang kalau dikumpulkan memang boleh di compile kan jadi 1 novel la. asam garam kehidupan selama aku menjadi student puncak.

aku sebenarnye,malas nak mengungkit kenangan lama. ye lah..yang dah lepas tu biarlah berlalu kan? buat apa dikenang lagi. tapi..haha..kenangan tu suka je nak menjenguk aku dan membuatkan aku terfikir and cuba mengimbau kenangan lampau yang menggembirakan dan ada juga yang boleh mengundang air mata.

sometimes...aku nak biarkan semua tu menjadi rahsia aku sendiri..tanpa perlu diceritakan kepada orang lain. but, sometimes...aku nak orang lain tahu apa yang pernah jadi kat aku selama ni..and aku nak diorang tahu, kadang2 hidup kita ni tak selalu di atas. bila kita terjatuh, kita akan terluka. dan kita akan cuba untuk bangun semula. no matter what will happen...life must go on. no matter what will happen..i'm me..i just want to be myself.

Tuesday, November 9, 2010

C...I...N...T...A

"Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan."



l0ve nEver Fails..

Saturday, October 30, 2010

Mesej Buat Abang

Assalamualaikum abg. Apa khabar abg sekarang? Didi harap abg sihat2 selalu. Lama tak dengar cerita. Lama juga tak hang out lepak sesama. Rindu pulak rasanya kat abg Didi ni...(^_^). Didi rasa macam kita ni da nak menjauh pulak. Didi yang rasa la. Tak tau la firasat Didi ni betul or tak. Silat pun Didi dah tamat. Lepas habis belajar buah serang and ambil buah terakhir tu, tak tahulah bila lagi boleh jumpa abg, boleh lepak2 dengan abg, boleh story2 dekat abg, boleh kutuk2 abg...hehe.

Sebab silat kita jumpa. Sebab silat kita rapat. Sebab silat abg jadi abg angkat Didi...haha. Tapi Didi tak pernah menyesal. Andai satu hari tu nanti kita makin menjauh..dan jauh, Didi tak boleh nak buat apa. Didi mungkin boleh teringatkan abg dari jauh, terindukan abg dari jauh..haha, terkenangkan kenangan dengan abg, abg kutuk Didi, abg pujuk Didi bila Didi down, abg sakat Didi sampai Didi merajuk, abg dengar celoteh mulut Didi ni yang pot pet pot pet tak henti, abg puji Didi...w’pun penuh dengan ayat tersirat. Lambat juga la nak faham apa yang abg cakapkan tu. Lepas fikir and analisa..owww...abg tengah puji Didi time tu...hehe. Sorry la. Ter’slow sikit...ngee. Terima kasih kerana Didi dapat jumpa abg. With your presence, Didi dapat gelak, marah, merajuk, mengutuk orang...senang cerita be myself la. Didi lepas laku bila dengan abg. Sebab Didi tak kisah jadi diri Didi bila berada dengan abg Didi and be your little sis...hehe. But Didi termalu sendiri bila abg ngaku Didi jadi your adik...hehe.

Emm...abg mudah rapat dengan orang. Sebab tu jugak lah abg mudah rapat dengan Didi. Just like what you said to me...abg ni kasanova orangnya. Ha’ah kan...nak percaya sangat lah cakap abg yang selalu merepek tu. Tapi bila fikir balik macam ada je betulnya..huhu. Tak tahu lah tu. As long as abg jadi diri abg bila dengan Didi tu kira da cukuplah tu.

Alih2 selalu Didi je la yang suka mencari orang, mengharapkan perhatian daripada orang, mengharapkan kasih orang dan... Kalau ada lagi tak tahu lah. It’s just what I feel. So, macam kali ni jugak, Didi je la yang selalu mencari dan mendapatkan perhatian daripada abg. W’pun abg just my abg angkat tak boleh ke kadang tu abg cubalah cari Didi pulak. Tanya la adik abg ni sihat ke tak? How’s my study? Huhu...harapan je la. Tapi Didi tengok member tu, selalu dia jugak la yang mencari abg dia tu. Dia kadang miss call ke, then abg dia akan call balik. Hmm...

Didi ni macam dah terlebih dos manja and mengada ek bila dengan abg...huhu. Sorry la ek. Kadang tak plan pun. Bukan kadang, memang tak pernah plan pun. Jadi naturally la. Bila fikir balik...maaf bebanyak la ye, kalau abg rasa rimas ke, malas ke, menyampah ke, rasa macam nak lepuk je ke...hehe.

Abg nak stay away from me ek? Pergilah. Didi tak paksa abg stay pun. W’pun Didi mungkin akan sedih, terluka, terasa hati, terkilan...tapi nak buat macam mana kan. But, no worries. You know me right. Mungkin la nanti, Didi maybe akan jumpa abg lagi. Tapi, bila Didi dah sambung my degree, tak tahulah dapat jumpa abg lagi ke tak. Emm..kenangan tinggal kenangan. Sama je macam orang lain buat kat Didi. Hehe...Didi cuma teringinkan perhatian je. Sedikit kasih sayang. Ambil berat sikit. Jadi la tu. Tak nak banyak pun...huhu.

Emm...terasa macam banyak lagi nak story2 kat abg sebenarnya. Tapi...macam tak berkesempatan je. Tak pe lah tu. Maybe there’ll be another day. Just maybe...I hope. (^_^)v

Puppy Love??

Kenapa ek? Kenapa aku lately ni asik teringat je kat Mr. S tu? Aku terjumpa diary lama aku. And aku baca. Ada story pasal aku ngan Mr. S dalam tu. Story selepas setahun kitorang senyap. Selepas setahun aku tak jumpa dia. Selepas setahun aku kat mrsm tu. Selepas 3 tahun aku cuba untuk melupakan rasa sayang aku tu terhadap dia. Puppy love. My first puppy love. Hmm...

Aku dengar dari Ms. A and Ms. N. Sekarang dia dah pasang lagi satu. Haha... he really can’t live without a girlfriend by his side eh? Tapi kenapa dia cari aku dulu. And kenapa aku rasa macam stupid sangat sebab fall for him for the second of time. Doushite? And then, dia menghilang lagi. Buat kesekian kali nya.

Orang kata, first love memang susah untuk kita lupakan. Sebabnya apa?? Tak ada pulak orang bagitau aku hal tu. My friend cakap, aku tak reti nak belajar daripada kesilapan lampau. Aku akan biar sejarah tu keep on repeating itself walaupun sebenarnya aku boleh control benda tu. And setiap kali benda tu berulang, setiap kali tu jugak la aku akan terluka dan dilukai.

Aku juga tak faham kenapa aku still tak dapt lupakan dia. Dahsyat ek penangan cinta dia tu. Cinta ke?? Or just perasaan sayang dan suka pada kawan berlainan jenis untuk usia sesemuda aku tu. Hmm...aku betul2 tak tahu. I need a psychiatrist!! Haha...tak ada lah. Gurau je. Aku still boleh control myself.

I will cry, but not in front of everyone else. I will smile, and of cause with full of excitement and enjoyment. I want everybody to know that I’m a happy-go-lucky girl, always smile, and always laugh out loud. It’s just that. Sometimes when I see someone like me, I’ll pity him or her. Because I know how he or she would felt, because I feel the same thing too. And again, it’s just sometimes. Not all the time I can sense such unpleasant or avoidance feeling in someone else heart.