apa agaknya yang kita rasa ek...bila kebenaran tetiba terbentang di depan mata? apa yang kita rasa ye...bila kita dapat tau, rupa2nya orang yang paling rapat dengan diri kita memendam rasa dan menyimpan perasaan kat kita? apa reaksi kita tyme tu ye?...
macam mana pula..kalau tetiba..rupa2nya..orang yang pernah rapat ngan kita tu menjauhkan diri dari kita sebab dia dah tak sanggup menahan rasa sakit di hati dah? mendengar masalah dan menasihati orang lain tu memang perkara yang mulia...tapi..sanggup ke kita mendengar luahan orang yang kita sayang..sakit sebab orang lain??
selama mana kita sanggup bertahan? selama mana kita sanggup melawan perasaan tu? selama mana kita kuat untuk menahan air mata tu sebelum mengalir lesu ke pipi? selama mana kita sanggup pujuk hati kita and say that it's okey..and nothing lorrr...it's just ur own illusion...? selama mana kita sanggup tipu diri kita bahawa kita sebenarnya terluka dna merana kerana orang yang kita sayang? sampai bila hati ni kena terus dihentam..tapi akhirnya...kita sendiri yang pujuk rajuk hati kita...dan bersabar? sampai bila??
and then....kalau tetiba orang yang mahu lari tu..yang kita sayang tu..baru tersedar dari lelap dia...dan dia mahu menghulurkan maaf dan memohon peluang kedua..masih adakah kemaafan buat dirinya? masih adakah rasa kasih itu untuk dirinya? masih sanggup ke kita untuk melalui rasa itu semula...tapi akhirnya kita boleh menemui bahagia? sanggup ke kita untuk mempertaruhkan hati kita untuk kali yang kedua? tepuk dada...tanya hati...apa yang kita mahu sebenarnya?
kata orang peluang tak kan datang dua kali...kita nak merasa bahagia setelah keperitan tu...or kita nak let it go..menghabiskan rasa perit yang tersisa..and build a new life then?
macam mana kalau kata hati mendahului akal fikiran..yang mana kali ni akal merelakan apa kata hati...sebab dua2 dah penat menahan rasa? macam mana kalau diri ni mohon diberi pilihan kedua untuk merasa bahagia? masih adakah peluang bagi diri ini untuk mengecap kebahagiaan yang didambakan tu?
aku harap...aku da buat pilihan yang terbaik...ya allah. permudahkan urusanku andai ini yang terbaik bagiku. sesungguhnya...aku adalah hambamu yang lemah..berilah aku yang terbaik.. sesungguhnya ya allah...engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui...

No comments:
Post a Comment