boleh jadi ianya hanya salah faham..ataupun memang itulah maksud hati yang cuba disampaikan secara berkias2. mungkin dulu..lagu tu boleh aku jadikan sebagai lullaby song..tapi, bila aku terdengar balik lagu tu..aku tersentap. sebab lagu tu macam menyampaikan apa yang dia dah buat kat aku..yang dia da bagi before kitorang break-up...untuk aku dengar di malam hari..sama ada untuk memikirkan tentang maksud tersirat lagu tu..atau..it's just a lullaby song.
entah la..tangisan masih ada..cuma tak selebat dulu. hati aku dah dapat menerima semua qada' dan qadar yang terjadi. hati aku mula untuk memaafkan dirinya..walaupun pada mulanya aku sangat membenci dia.
tapi,
"hati yang berdendam takkan pernah aman."sebab tu la..aku merelakan perasaan tu pergi..buat selamanya. bukan hanya perasaan sayang tu saja..perasaan benci tu juga.
mungkin benar kata pujangga,
"sayangilah seseorang itu seadanya..takut nanti dia menjadi orang yang kita benci. bencilah seseorang itu seadanya..takut nanti dia menjadi orang yang kita sayang"
..haha. i got the 1st warning.
selain itu, aku pernah juga terbaca..orang cakap,
"jangan lah meluahkan apa yang kita rasa tu kepada orang yang kita sayang. takut nanti allah akan mengurangkan rasa sayang kita terhadap dia. tapi, luahkanlah kepada allah. berdoalah kepada dia. kerana dia tau jodoh kita. kerana dia tau yang terbaik buat kita."
hmm..satu lagi teguran yang aku abaikan begitu sahaja. kawan aku juga ada berpesan..
"memang la masa kita bersama dengan dirinya, kita mengharapkan he will be the last..semua orang mengharapkan macam tu. tak ada sesiapa pun yang nak bercinta banyak2 kali. semua orang nak jadi pasangan yang setia..(ye ke?)
tapi, allah mendatangkan sesuatu tu bersebab. everything happen for reasons. maybe ni masanya untuk kita prepare for the future. maybe ni masanya..untuk kita tabahkan hati dengan ujian yang allah beri.
who knows..but HE do knows everything. dia tengah menyediakan yang terbaik buat kita. bersabarlah, kerana itu juga yang allah mahukan daripada kita..hambanya. untuk terus berdoa kepadanya..kerana hanya dia yang akan terus berada disisi kita..di saat semua orang meninggalkan kita.^^

No comments:
Post a Comment