"Gudnyte awak...haha." Mesej terakhir Kimi membuatkan aku tersentak. Dah lama dah dia tak panggil aku dengan panggilan tu. Even, masa tetiba dapat mesej masuk daripada dia pun buat aku termangu sekejap.
'Hurmmm...' mengeluh je la aku bila terfikirkan pasal Kimi ni.
Dulu kitorang rapat. Rapat sangat...tapi bukan couple ea!
Kira best friend habis la. Study sama2, makan2 tu pernah la juga sama2, hangout lagi... Memang karib la. Mesej setiap hari. Ada je yang nak dijadikan bahan untuk bercerita. Kalau Nokia6070 tu berbunyi memanjang bukan orang lain lagi dah. Dia la tu. Housemate aku pun dah arif sangat dah. Haha...masa tengah rapat tu best sangat. Happy pun ya.
Dalam kitorang bergurau2 tak kira masa tu, rupa2nya kitorang sedang bermain dengan api. Yang kitorang sendiri tak sedar, sampai api tu akhirnya membakar diri kitorang. Dan akhirnya...no more messenges from him and kalau terserempak dengan dia pun rasa macam nak lari je.
Aku sedih sangat sebenarnya sebab hubungan yang kitorang bina atas nama persahabatan tu, akhirnya hancur and senyap macam tu je. Maybe aku patut salahkan diri ssendiri sebab aku tak pernah nak aware pasal benda ni.
Aku rindu sangat memori lama tu. Aku sayang sangat persahabatan tu.
Kawan aku pernah cerita, mungkin salah aku yang membuatkan dia tak selesa dah bila dekat dengan aku. Sebab dia dah boleh rasa lain macam dengan friendship kitorang tu. Dia kata, mungkin sebab dulu aku pernah puji Kimi didepan dia sendiri and itu yang membuatkan Kimi fikir lain. Pujian tu, pujian yang ikhlas dan tak membawa maksud apa2 pun.
Sebelum wujudnya apa2 persahabatan yang terjalin, mesti ada peristiwa yang dah jadi kan?
Okay, macam ni lah. Aku ada kawan, nama dia Abdullah. Abdullah lah yang membuatkan aku mengenali Kimi dan Girih. And last2 kitorang jadi rapat gila...hehe.
Tapi...sebelum tu, ada lagi cerita di sebalik tabirnya. Untuk pertama kali aku ternampak Kimi dekat universiti aku tu, aku kalau boleh tak nak tahu and tak nak kenal langsung siapa dia. Sebabnya, muka dia mengingatkan aku terhadap 'kawan' lama aku. Yang dah lama hilang tanpa berita dan terus menyepi sampai sekarang. Apa yang dah terjadi antara aku dan 'kawan' lama aku tu tak payah la aku cerita kan. The rest is history.
Berbalik kepada cerita si Kimi ni. Oleh sebab kitorang dah ditakdirkan untuk masuk dalam satu kursus, satu fakulti, satu batch tapi nasib baik bukan satu kelas, aku akhirnya kena juga lah berhadapan dengan orang yang aku nak avoid selama ni. Avoid punya avoid, hah amek kau, rapat terus. Siapa suruh lari...haha.
Tapi, aku tak menyesal pun selepas mengenali dirinya. Kawan bertambah dan pengalaman yang aku dapat tu boleh membantu aku untuk keep growing. Pernah dengar kan kata2 ni, "Pengalaman mendewasakan kita dan mematangkan fikiran. Masa yang berlalu untuk satu pengalaman itu bukanlah satu pembaziran. Ianya merupakan satu kaedah pembelajaran."
Aku stick to words tu. And alhamdulillah aku dapat hadapi masalah aku dengan Kimi ni dengan penuh berhati2 dan just go with the flow.
Kalau lah Kimi sedang membaca post ni, aku nak kau tahu...it's really good to know you. Aku happy sangat. Maafkan aku untuk segala salah dan silap aku selama ni. Aku tak minta pun persahabatan kita jadi macam ni. Mungkin silap aku sebab dah tertimbul rasa suka terhadap kau. But hey, aku tak pernah cakap apa2 pun pasal benda macam ni kat kau tahu. You just figure it out right.
Aku pun perasan juga. Bila aku tersedar, aku cuba nak buat biasa and at the same time aku nak tarik balik perasaan itu to back to the friendship line balik. Tapi, sebab dah tak terkawal, aku back off. Kau pun back off juga. And last2 jadi macam ni. Dua2 nak lari. Tapi problem juga tahu tak. Sebab dua2 nak lari, akhirnya bertembung juga...haha. Lawak2. Kelakar la kita dua2 ni.
Aku kekok, kau pun kekok juga. Nak buat macam biasa lagi la jadi luar biasa terus. Kawan2 pun dah perasan tahu. We just have to take some time. And insyaAllah nanti kita akan dapat balik Friendship kita tu. Yang bagi aku it is very valuable and a gift from Allah, tapi dah dicemari sikit dengan perasaan yang tak sepatutnya wujud antara kita. Don't worry, we'll get on the friendship line back.
Saturday, June 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Luv u more than i should,
ReplyDeleteHate u less than i thought,
I should know it hurt me more
Can i luv u tru my hatred?
kurg phm la cadencebevy...bley elaborate x?hehe
ReplyDeletemeans..luv u lbh dr sptutnyer..n hate dr ap yg kte fkrkn..p still ad hate..n at last kte tau..kte gk yg akn rase plg sakit..but da ques..cn i luv u tru my hatred..hemmmmmm=)
ReplyDeletecan i luv u tru my hatred? hehehe...rsnyer its mean dat they ask if they can pretend dat they hate but in fact its love.
ReplyDelete